v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyalahgunaan Dana dan Barangan Bantuan Bencana Gempa Bumi di Sichuan Tidak Berlaku
2008-08-04 14:38:19 CRI

Jabatan Pentadbiran Audit China mengeluarkan maklumat audit No.3 tentang dana dan barangan bantuan bencana gempa di Wenchuan hari ini. Menurut maklumat itu, menerusi usaha bersama yang dijalankan dengan cekap pelbagai pihak, hasil penggunaan dana dan barangan bantuan terus meningkat. Setakat ini, kes penyalahgunaan dana dan barangan bantuan itu tidak berlaku.

Menurut maklumat tersebut, sejak maklumat No.2 dikeluarkan pada 24 haribulan Jun hingga 18 haribulan Julai lalu, kerajaan pusat dan tempatan telah menghulurkan sebanyak 63.7 bilion yuan RMB dalam bantuan bencana. Provinsi Sichuan, Gansu, Shaanxi, Yunnan dan bandar Chongqing yang dilanda gempa menerima dana bantuan sebanyak lebih 48.6 bilion yuan RMB. Daripada jumlah itu, lebih 11.7 bilion yuan telah digunakan.

Selain itu, kerajaan pusat dan tempatan telah menerima derma wang dan barangan yang bernilai 58.6 bilion yuan, 12.3 bilion yuandaripadanya telah digunakan dalam pemberian subsidi kepada penduduk, pengangkutan barangan dan membaikpulih infrastruktur.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |