Dewan Pameran Automobil Syarikat Volkswagen bertemakan Sukan Olimpik dibuka semalam. Bangunan yang terletak di "Olimpik Green" itu dibina di tapak seluas 2000 meter persegi.
Ia merupakan satu-satunya ruang pameran yang terbuka antara 15 pameran rakan kerjasama Sukan Olimpik. Melalui pameran ini, Volkswagen ingin mempromosi konsepnya yang istimewa dan sumbangannya kepada China yang mencakupi tiga aspek iaitu, sumbangan Volkswagen kepada perindustrian automobil, pembangunan China dan Sukan Olimpik.
|