v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beberapa Pemimpin Negara Asing Menilai Tinggi Terhadap Persiapan dan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Beijing
2008-08-11 12:36:57 CRI

Beberapa pemimpin negara asing yang telah menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing, menyatakan China berjaya mengatur kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik ini dan persembahan pada majlis perasmian temasya sukan ini cukup menarik.

Presiden A.S., George W. Bush ketika bertemu dengan Naib Presiden China, Xi Jinping, menyatakan upacara perasmian sungguh mengagumkan dan setiap babak pun menarik.

Naib Presiden Iran yang juga Ketua Pertubuhan Sukan Kebangsaan negara itu, Muhammad Ali Abadi ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan Sukan Olimpik Beijing akan kekal tercatat dalam sejarah Olimpik buat selama-lamanya kerana usaha persiapannya yang begitu rapi.

Presiden Israel, Shimon Peres menyatakan Sukan Olimpik kali ini tentu akan berjaya dengan segala usaha yang dibuat oleh China. Beliau juga menyifatkan pembinaan Perkampungan Sukan Olimpik sebagai satu projek yang moden dan indah.

Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein selepas pulang ke negaranya berkata, majlis perasmian yang menarik itu menunjukkan Sukan Olimpik Beijing tentu akan mencapai kejayaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |