v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Enam Pingat Emas Sudah Dimenangi Pada Hari Ketiga Acara Pertandingan Sukan Olimpik Setakat ini
2008-08-11 17:50:10 CRI

Enam pingat emas daripada acara renang, menembak dan terjun telah dimenangi setakat pukul 3:30 petang waktu Beijing pada hari ketiga acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing dimulakan.

Pasukan A.S. berjaya meraih pingat emas acara renang gaya bebas 4x100 lelaki pagi tadi dan memecahkan rekod dunia dengan catatan masa 3'08''24.

Atlet Jepun, Kosuke Kitajima menang pingat emas acara renang kuak dada 100m lelaki dan memecahkan rekod dunia dengan masa 58''91.

Atlet Australia, Lisbeth Trickett memenangi pingat emas dalam acara renang gaya kekupu 100m wanita dengan masa 56''73.

Dalam peringkat akhir renang gaya bebas 400m wanita yang diadakan hari ini, atlet Britain, Rebecca Adlington meragut pingat emas dengan 4'03''22.

Atlet India, Abhinav Bindra meraih johan dalam pertandingan akhir acara menembak 60 das dengan senapang angin perseorangan 10m lelaki Sukan Olimpik Beijing. Atlet China, Zhu Qinan mendapat pingat perak acara tersebut.

Atlet China, Lin Yue dan Huo Liang menggondol pingat emas acara terjun pelantar berpasangan 10m lelaki Sukan Olimpik Beijing yang diadakan petang ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |