v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sembilan Pingat Emas Sudah Dimenangi Pada Hari Ketiga Acara Pertandingan Sukan Olimpik Setakat ini
2008-08-11 18:51:12 CRI

Sembilan pingat emas daripada acara renang, menembak dan terjun telah dimenangi setakat pukul 17:30 petang waktu Beijing pada hari ketiga Sukan Olimpik Beijing.

Pasukan A.S. berjaya meraih pingat emas acara renang gaya bebas 4x100 lelaki pagi tadi dan memecah rekod dunia dengan catatan masa 3'08''24.

Atlet Jepun, Kosuke Kitajima menang pingat emas acara renang kuak dada 100m lelaki dan memecah rekod dunia dengan masa 58''91.

Atlet Australia, Lisbeth Trickett memenangi pingat emas dalam acara renang gaya kekupu 100m wanita dengan masa 56''73.

Pada peringkat akhir renang gaya bebas 400m wanita yang diadakan hari ini, atlet Britain, Rebecca Adlington meraih pingat emas dengan 4'03''22.

Atlet India, Abhinav Bindra menjadi juara dalam pertandingan akhir acara menembak 60 das dengan senapang angin perseorangan 10m lelaki Sukan Olimpik Beijing. Atlet China, Zhu Qinan mendapat pingat perak acara tersebut.

Atlet China, Lin Yue dan Huo Liang menggondol pingat emas acara terjun pelantar berpasangan 10m lelaki Sukan Olimpik Beijing yang diadakan petang tadi.

Atlet Finland, Satu Makela Nummela meraih juara dalam pertandingan akhir acara menembak pinggan terbang wanita.

Atlet China, Chen Yanqing meraih pingat emas acara angkat berat 58 kg wanita dan memecah rekod Sukan Olimpik yang diciptanya sendiri.

Pasukan Republik Korea menggondol pingat emas acara memanah berpasukan lelaki dengan mengalahkan pasukan Itali.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |