v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jumlah Pelancong yang Melawat Bandar Tuan Rumah dan Bandar Bekerjasama Sukan Olimpik Beijing akan Meningkat secara Besar-Besaran Setelah Temasya Sukan Ini Berakhir

2008-08-13 14:41:22 CRI

Menurut jangkaan, jumlah pelancong yang melawat bandar tuan rumah dan bandar bekerjasama bagi Sukan Olimpik Beijing akan meningkat secara besar-besaran setelah temasya sukan ini berakhir. Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China, Wang Zhifa semalam, di Beijing menyatakan bahawa badan-badan yang berkenaan telah membuat persiapan untuk menyambut pelancong yang akan melawat bandar-bandar tersebut. Menurut beliau, jumlah pelancong yang melawat Beijing dan bandar yang bekerjasama bagi Sukan Olimpik kian meningkat menjelang bulan Ogos.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sektor pelancongan menjadi industri yang penting dalam perkembangan ekonomi China. Sektor ini menyumbangkan 4% dalam KDNK China. Menurut statistik, jumlah pelancong dari seberang laut yang melawat China mencatat angka 132 juta orang pada tahun 2007 dan jumlah tersebut menduduki nombor empat di dunia. Sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2008, China menjadi destinasi pelancongan yang kian menarik bagi pelancong di seberang laut.

Wang Zhifa dalam sidang akhbar yang diadakan di Pusat Penerangan Antarabangsa Beijing semalam menyatakan bahawa kerja menyambut pelancong di Beijing dan bandar bekerjasama bagi Sukan Olimpik dilaksanakan dengan lancar. Katanya, "Pada 1 Ogos hingga Sukan Olimpik Beijing dirasmikan, iaitu pada 8 Ogos, jumlah pelancong yang melawat Beijing dan badar bekerjasama bagi Sukan Olimpik kian meningkat. Sehingga 11 Ogos, terdapat 175 buah rombongan dari seberang laut yang terdiri daripada 6350 orang pelancong telah melawat 6 buah bandar raya yang terlibat dalam temasya sukan tersebut kebuali Hong Kong. Menurut statistik pada 10 Ogos lalu, 81.2% bilik di hotel-hotel Beijing telah disewa."

Wang Zhifa menyatakan bahawa mulai bulan Januari hingga Julai lalu, majoriti pelancong asing yang melawat China merupakan pelancong biasa. Namun, setelah memasuki bulan Ogos, sejumlah besar orang yang memasuki China merupakan penonton dan orang yang terlibat dengan Sukan Olimpik.

Menurut beliau, jumlah pelancong yang melawat Beijing dan bandar-bandar yang bekerjasama dalam Sukan Olimpik akan meningkat secara besar-besaran setelah temasya sukan ini berakhir. Badan pentadbiran pelancongan China telah membuat persiapan untuk mengalu-alukan tetamu asing tersebut. katanya, "Tahun ini merupakan tahun pelancongan Sukan Olimpik bagi kerja pelancongan China. Kami telah membuat persiapan yang teliti dalam sektor tersebut sebelum, semasa dan sesudah temasya sukan ini. China telah membaiki infrastruktur pelancongan dan kemudahan perkhidmatan awam."

Tambah beliau, taraf perkhidmatan pelancongan di Beijing dan bandar-bandar yang berkenaan akan meningkat secara besar-besaran setelah Sukan Olimpik berakhir.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |