v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Olimpik Beijing: 37 Pingat Emas Menjadi Rebutan pada Hari Ke-9
2008-08-17 09:20:16 CRI

Acara pertandingan Sukan Olimpik Beijing yang masuk hari ke-9 hari ini, menawarkan 37 pingat emas untuk direbut oleh para atlet. Inilah jumlah pingat emas yang terbanyak yang ditawarkan dalam Sukan Olimpik ini.

Terdapat 14 acara yang memasuki peringkat akhir hari ini, termasuk pingpong, tenis, badminton, mendayung, gimnastik, renang dan terjun. Kontinjen China berpotensi meraih pingat dalam acara pingpong, gimnastik, terjun, badminton dan gusti.

Pasukan China dan Singapura akan bertemu pada perlawanan akhir acara ping pong berpasukan wanita bagi merebut pingat emas acara itu . Ia merupakan pingat emas pertama bagi acara pingpong Sukan Olimpik ini.

Setakat semalam, China terus menduduki tempat teratas dalam senarai kutipan pingat dengan jumlah 27 pingat emas, 13 pingat perak dan 7 pingat gangsa. A.S. menduduki tempat kedua dengan 16 pingat emas, 16 pingat perak dan 22 pingat gangsa. Jerman yang menduduki tempat ketiga memperoleh 8 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |