v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Adakan Jamuan untuk Meraikan Tokoh-Tokoh Masyarakat Antarabangsa yang Menghadiri Upacara Penutupan Sukan Olimpik
2008-08-24 16:09:07 Agensi Berita Xinhua China

Presiden China, Hu Jintao hari ini menyediakan jamuan tengah hari untuk meraikan tokoh-tokoh masyarakat antarabangsa yang akan menghadiri upacara penutupan Sukan Olimpik Beijing.

Hu Jintao ketika menyampaikan ucapan dalam jamuan tersebut menyatakan bahawa Sukan Olimpik Beijing telah menunjukkan semangat sukan tersebut, iaitu kedamaian, persahabatan dan perpaduan. Sukan Olimpik Beijing telah memberikan kesempatan kepada rakyat seluruh dunia untuk menyaksikan dan menyertai temasya sukan tersebut sambil mengadakan pertukaran kebudayaan. Menurut beliau, temasya sukan itu pasti akan memajukan perkembangan sektor sukan China serta meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara China dengan masyarakat antarabangsa dalam sektor tersebut. Selain itu, temasya sukan itu juga akan meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat seluruh dunia.

Menurut beliau lagi, Paralimpik akan dirasmikan tidak lama lagi. China akan berusaha dengan sedaya upaya menjayakan temasya sukan tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |