
Naib Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla di Beijing hari ini. Yusuf Kalla di Beijing kerana menghadiri upacara penutup Sukan Olimpik Beijing.
Dalam pertemuan itu, Xi Jinping menyatakan bahawa China dan Indonesia merupakan rakan strategik. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Indonesia untuk meningkatkan kerjasama tersebut dan membuat sumbangan yang baru untuk meningkatkan kedamaian dan pembangunan serantau dan dunia. Yusuf Kalla mengucapkan tahniah atas kejayaan Sukan Olimpik Beijing dan menyatakan bahawa ini merupakan kebanggaan rakyat Asia. Menurut beliau, Indonesia juga bersedia meningkatkan hubungan rakan strategik antara kedua-dua negara.
|