v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Persiapan untuk Sukan Paralimpik Beijing Berjalan Lancar
2008-08-24 15:39:44 CRI

Persiapan untuk Sukan Paralimpik sekarang berjalan dengan lancar Sukan Olimpik musim panas akan ditutup dengan rasminya malam ini dan Sukan Paralimpik musin panas akan dirasmikan pada 25 Ogos. Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Puan Tang Xiaoquan di Beijing hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan sebelum sukan sebenar telah diadakan di semua 20 buah stadium untuk Sukan Paralimpik Beijing sekarang ini, begitu juga pemeriksaan terhadap kemudahan tanpa halangan serta perkhidmatan jabatan-jabatan yang berkenaan dari semua stadium yang akan digunakan kelak. Selain itu, projek pengubahsuaian kemudahan tanpa halangan juga dilaksanakan di 22 buah hospital dan 16 buah hotel yang telah menandatangani perjanjian. 

Semua stesen subway di Beijing dapat menenuhi keperluan  penumpang yang bergerak menggunakan kerusi roda. Dalam tempoh Sukan Paralimpik nanti, 16 laluan khas bus akan dibuka dan 400 buah bus awam tanpa halangan akan disediakan di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |