Atas undangan Presiden Republik Korea, Lee Myung Bak, Presiden China Hu Jintao tiba di Seoul pagi tadi untuk mengadakan lawatan rasmi di negara itu.
Hu Jintao memberitahu wartawan di lapangan terbang bahawa sejak terjalinnya hubungan China-Republik Korea 16 tahun yang lalu, perkembangan hubungan dua hala telah membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan memberikan sumbangan positif kepada kedamaian dan pembangunan rantau ini. Tujuan lawatan beliau kali ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat dengan pihak Republik Korea, meningkatkan kerjasama dan persahabatan serta menggalakkan hubungan kedua-dua negara berkembang dengan baik.
1 2
|