Majlis sambutan ulang tahun ke-51 kemerdekaan Malaysia diadakan di Beijing semalam.
Duta Besar Malaysia, Dato' Syed Norulzaman bin Syed Kamaruzaman dan Penolong Menteri Luar China, Encik Hu Zhengyue menghadiri majlis tersebut.
Ketika menyampaikan ucapan singkat dalam majlis tersebut, Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Syed Norulzaman bin Syed Kamaruzaman telah menyanjung tinggi penganjuran Sukan Olimpik Beijing. Beliau mengucapkan tahniah kepada kerajaan China atas kejayaan Sukan Olimpik ini.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan China serta badan-badan yang berkaitan atas kerjasama dan usaha mereka dalam mengeratkan lagi hubungan Malaysia-China.
|