v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet dan Pegawai Asing ke Sukan Paralimpik Memuji Usaha Pihak Perkampungan Paralimpik Beijing

2008-09-02 19:07:24 CRI

Dijadikan sebagai tempat penginapan atlet dan pegawai Sukan Paralimpik, Perkampungan Paralimpik Beijing akan menerima lebih 7000 orang tetamu dari 148 buah negara dan wilayah. Sejak dibuka secara rasmi pada 30 Ogos lalu, perkampungan tersebut sudah mendapat banyak pujian dan penghargaan daripada para atlet dan pegawai sukan.

Perkampungan Paralimpik ini diubahsuai daripada perkampungan Olimpik. Namun, penempatan kemudahan perkampungan Olimpik masih dikekalkan. Perkampungan Paralimpik Beijing dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu kawasan antarabangsa, kawasan penginapan dan kawasan operasi. Untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada para atlet kurang upaya, reka bentuk perkampungan tersebut menonjolkan ciri-ciri keprihatinan kepada kemanusiaan.

Terdapat 42 buah bangunan pangsapuri di perkampungan tersebut. Namun, untuk memudahkan para atlet yang kurang upaya ini, hanya tingkat satu hingga tingkat tiga sahaja dalam setiap bangunan ini yang digunakan. Pintu masuk lif dalam bangunan tersebut amat luas supaya kerusi roda dapat masuk. Pada butang dalam lif tersebut juga disediakan peralatan bagi golongan yang cacat penglihatan. Kemudahan-kemudahan seperti ini mendapat pujian daripada atlet acara lempar cakera dari Slovenia, Joze Flere memuji. Katanya,

"Perkhidmatan yang disediakan di sini, di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, semuanya sangat baik. Perkhidmatan di sini boleh mencapai taraf lima bintang. Anda tidak dapat membayangkan betapa baiknya keadaan di sini jika anda melihatnya sendiri."

Pada aspek perkhidmatan penyajian makanan, Kantin Utama Perkampungan Paralimpik Beijing yang luasnya 20,000 meter persegi ini membuka kawasan yang seluas 700 meter persegi untuk menyimpan kerusi roda. Seperti pada musim Sukan Olimpik dahulu, kantin perkampungan Paralimpik kali ini juga dibuka selama 24 jam sehari. Atlet bola keranjang kerusi roda Ukraine, Nastia Timolenko amat suka akan mekanan dan perkhidmatan di sini. Beliau berkata,

"Makanan yang disediakan di sini amat banyak pilihannya. Ada masakan China, ada juga masakan Barat. Saya menganggap, masakan yang disediakan di sini hampir beberapa ribu jenis. Saya paling suka salad dan itik panggang Beijing."

Selain itu, perkhidmatan rawatan perubatan dan aktiviti hiburan juga ditawarkan di Perkampungan Paralimpik Beijing ini untuk memenuhi keperluan para atlet. Sebuah pusat membaiki anggota palsu juga diwujudkan dalam perkampungan ini. Lebih 150 orang tukang yang profesional dari 19 buah negara akan memberikan perkhidmatan membaiki anggota palsu untuk para atlet dalam pusat tersebut pada bila-bila masa. Bahan-bahan yang diperlukan akan disediakan secara percuma.

Atlet olahraga dari Lithuania, Italiy Krasnova yang sedang membeli cenderamata memberitahu wartawan kami bahawa,

"Di sini, agak selesa dan mudah. Apa jua keperluan para atlet sudah ditimbangkan ketika perkampungan ini dibina. Boleh dikatakan bahawa ini merupakan perkampungan Paralimpik paling baik antara tiga kali Sukan Paralimpik yang saya sertai selama ini."

Wartawan dimaklumi bahawa pelbagai persembahan kesenian termasuk persembahan oleh orang kurang upaya akan diadakan di perkampungan ini dalam tempoh berlangsungnya Sukan Paralimpik nanti. Atlet-atlet kurang upaya dari pelbagai tempat di seluruh dunia dapat meningkatkan persefahaman dan interaksi antara satu sama lain melalui aktiviti hiburan yang disediakan perkampungan ini.

Semua kakitangan dan sukarelawan yang berkhidmat di perkampungan Paralimpik ini telah menerima latihan khusus. Mereka menguasai kemahiran teknik seperti menggunakan alat-alat bagi orang kurang upaya dan bahasa isyarat. Walaupun perkampungan Paralimpik ini baru dibuka beberapa hari sahaja, ramai atlet dan tetamu telah menjadi sahabat kepada kakitangan dan sukarelawan. Ketua kontinjen Sukan Paralimpik Mauritius, Reynolds Permal memberitahu wartawan bahawa sukarelawan telah memberikan bantuan besar kepada beliau. Katanya,

"Pada pendapat saya, perkampungan ini sangat baik dan usaha persiapannya bagus juga. Ramai rakan telah memberi bantuan kepada saya. Sekiranya saya nak bertutur bahasa Perancis, sukarelawan di sini juga boleh berkomunikasi dengan saya dalam bahasa Perancis. Walaupun saya tidak nampak apa-apa kerana mata saya buta, namun saya dapat merasai kemesraan mereka dari lubuk hati saya. Saya sangat selesa berada di sini."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |