v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Paralimpik Akan Sehebat Sukan Olimpik

2008-09-03 16:03:07 CRI

Berjayanya penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas Ke-29 di Beijing diiktiraf oleh seluruh dunia. Dua minggu selepas sukan tersebut berakhir, Sukan Paralimpik Ke-13 pula akan dirasmikan di Beijing. Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) dan badan berkenaan kerajaan China sudah berjanji bahawa "Sukan Paralimpik akan sehebat Sukan Olimpik". Bagaimana agaknya pandangan Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Philip Craven terhadap janji itu dan kerja-kerja persiapan sukan tersebut serta pencapaian usaha membantu golongan kurang upaya di China, ikutilah laporan wartawan kami.

"Presiden China, Hu Jintao telah menyatakan secara terbuka bahawa Sukan Paralimpik Beijing akan sehebat Sukan Olimpik Beijing. Janji ini perlu ditunaikan melalui tindakan. Pada hakikatnya, setiap hari, kita dapat menyaksikan bahawa banyak tindakan yang memberitahu kami bahawa kedua-dua sukan tersebut akan sama hebatnya."

Nampaknya, janji yang dibuat oleh BOCOG dan kerajaan China itu mendapat reaksi positif daripada Philip Craven. Beliau telah berulang kali membuat kenyataan sedemikian. Ketika diwawancara oleh wartawan kami tiga hari lagi sebelum Sukan Paralimpik dirasmikan, beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang didengar dan dilihatnya telah memberi isyarat yang positif kepada seluruh dunia.

Pertama, kerja-kerja persiapan yang begitu teliti yang dibuat oleh pihak penganjur menjadikan Craven dengan yakin untuk menyatakan bahawa "Sukan Paralimpik akan sehebat Sukan Olimpik". Tidak usah disebat hal latihan profesional yang dijalankan terhadap sukarelawan dan kemudahan mesra orang kurang upaya yang berteknologi tinggi, tak usah disebut juga venue acara-acara Sukan Paralimpik yang telah digunakan untuk Sukan Olimpik, termasuk "Sarang Burung" dan "Kubus Air" yang megah dan istimewa itu. Cukup dengan hanya mendengar pengalaman isteri Craven melalui ucapan Graven berikut ini:

"Dalam masa dua hari yang akan datang, anggota Jawatankuasa Eksekutif IPC akan mengadakan sidang di Beijing. Pada masa yang sama, isteri atau pasangan mereka akan berkunjung ke destinasi pelancongan terkenal di Beijing seperti Tembok Besar dan Kota Larangan. Buku panduan pelancongan Beijing yang disediakan untuk mereka sama lengkap maklumatnya dengan yang disediakan untuk tetamu Sukan Olimpik Beijing yang lalu. Sejak obor Olimpik dipadamkan di Beijing, pihak penganjur segera memulakan kerja untuk mengubahsuaikan bandar raya ini menjadi "tuan rumah Sukan Paralimpik". Kaedah pengubahsuaian secepat ini tidak pernah dilakukan sebelum ini."

Sama dengan perkataan yang digunakan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge, ketika memuji kemudahan Perkampungan Paralimpik, Philip Craven juga menggunakan perkataan "paling baik dalam sejarah" untuk menggambarkan perkampungan tersebut. Sebelum ini, Craven telah menyatakan bahawa ketika berkunjung ke Perkampungan Sukan Olimpik Beijing sebelum ini, beliau telah perasan bahawa dalam setiap unit pangsapuri, hanya satu daripada tiga buah bilik mandi yang ada tanda "kerusi roda". Namun, menurutnya dua bilik yang lain juga boleh digunakan oleh atlet yang menggunakan kerusi roda. Selepas Sukan Olimpik Beijing berakhir, kesemua bilik mandi dipasang tanda "kerusi roda". Craven mengagumi ketelitian pihak penganjur yang diperlihatkan dalam hal ini. Mereka sungguh memahami konsep "mengutamakan atlet".

Kesemua persiapan ini diadakan untuk para atlet supaya mereka mencapai prestasi tinggi dalam Sukan Paralimpik ini. Encik Philip Craven mempunyai keyakinan bahawa pertandingan Sukan Paralimpik juga sangat menarik seperti Sukan Olimpik Beijing. Beliau menegaskan bahawa pertandingan dalam Sukan Paralimpik merupakan pertandingan yang teknik persaingannya tinggi dan atlet-atlet yang menggunakan anggota palsu atau kerusi roda tidak akan jauh lebih lambat daripada Usain Bolt, jaguh yang digelar "kilat Jamaica" ketika "berlari" dalam perlumbaan. Namun, mereka perlu berusaha jauh lebih gigih daripada orang biasa untuk mencapai kejayaan. Pada pandangan Craven, atlet kurang upaya sudah pun membuktikan bahawa mereka sama hebatnya dengan atlet yang menyertai Sukan Olimpik. Antaranya, pemain Poland acara pingpong Sukan Olimpik Beijing, Natalia Partyka yang dianggap contoh yang paling menonjol. Encik Philip Craven berkata:

"Mereka telah menunjukkan kehebatan atlet kurang upaya melalui penyertaan mereka dalam Sukan Olimpik. Namun, ini bukanlah kali pertama mereka berbuat demikian. Pada tahun-tahun 80-an dan 90-an abad yang lalu, terdapat dua orang atlet acara menembak Sukan Paralimpik, yang juga menyertai Sukan Olimpik. Saya masih ingat bahawa pada awal abad yang lalu, ada atlet kurang upaya pernah merangkul pingat emas dalam acara gimnastik Sukan Olimpik. "

Selain itu, Encik Philip Craven memberitahu wartawan bahawa beliau juga menanti-nantikan pertandingan yang disertai oleh atlet kontinjen Paralimpik China kerana mereka telah memberikan prestasi yang baik dalam beberapa Sukan Paralimpik yang lalu. Ketika menyebut tentang seorang atlet China, Huo Bin yang pernah memenangi tiga pingat emas dalam acara lompat tinggi pada tiga edisi Sukan Paralimpik, yang kini dilantik menjadi utusan global Sukan Paralimpik, encik Philip Craven berkata:

"Yang mengagumkan saya bukan sahaja pencapaian Hou Bin yang cemerlang, malah juga imej yang dibinanya dalam bidang sukan yang bukan hanya setakat kejayaannya dalam sukan sebagai orang kurang upaya. Isterinya juga menjadikan saya merasa terharu kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi suaminya. Ini merupakan faktor penting yang menjadikan beliau seorang atlet yang berjaya."

Encik Philip Craven yakin bahawa semua kontinjen dari pelbagai negara dan wilayah, termasuk kontinjen China yang bercita-cita untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam Sukan Paralimpik kali ini tentu akan menunjukkan kemampuan terbaik masing-masing dalam temasya sukan kali ini.

Kejayaan temasya sukan ini tidak dapat dipisahkan daripada sokongan para penonton. Encik Philip Craven amat berpuas hati terhadap perhatian penuh orang China kepada Sukan Paralimpik ini. Katanya:

"Kami yakin, 1.6 juta tiket pertandingan Sukan Paralimpik Beijing akan habis dijual dan stadium-stadium pertandingan akan dipenuhi para penonton."

Sukan Paralimpik Beijing sudah siap sedia dan pertandingan yang menarik akan dimulakan tidak lama lagi. Encik Philip Craven mengeluarkan ucapan alu-aluan yang mesra melalui gelombang radio CRI.

"Saya pernah menyertai pertandingan bola keranjang kerusi roda. Ini merupakan acara paling susah berbanding dengan acara sukan yang lain. Saya ingin memberitahu semua pendengar CRI bahawa saudara tentu akan berasa kagum apabila menyaksikan pertandingan Sukan Paralimpik dengan mata kepala saudara sendiri. Percayalah, anda akan terkejut dan terpesona."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |