v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Menjadi "Pintu Masuk Negara Tanpa Halangan

2008-09-04 16:08:25 CRI

Sepanjang tempoh Sukan Paralimpik Beijing, lebih 10,000 orang atlet dan pegawai sukan dari lebih 140 buah negara dan wilayah akan tiba di Beijing. Untuk menyediakan perkhidmatan bericir kemanusiaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing telah mengambil pelbagai langkah untuk mewujudkan "pintu masuk negara tanpa halangan".

Untuk menjamin perkhidmatan yang sempurna bagi Sukan Paralimpik Beijing, pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing telah memperuntukkan modal yang besar untuk meningkatkan taraf perkhidmatan tanpa halangan dengan nasihat dan panduan pakar dalam bidang berkenaan dari Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG). Ketua Besar Syarikat Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Berhad, Dong Zhiyi menyatakan bahawa jumlah penampungan dan kualiti kemudahan tanpa halangan di lapangan terbang tersebut mencapai taraf yang tinggi di dunia. Beliau berkata,

"Kemudahan tanpa halangan di sini boleh dikatakan semuanya memenuhi piawaian antarabangsa. Kami mendapatkan pandangan pakar dalam bidang tersebut Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Jabatan Sukan Paralimpik BOCOG dan Persekutuan Orang Kurang Upaya China. Oleh itu, pada tahun yang lalu, kami telah mengubah suai 1400 kemudahan hingga menjadi kemudahan tanpa halangan dengan belanja lebih 12 juta yuan RMB."

Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna, lapangan terbang tersebut juga membuka laluan di Terminal 2 khusus untuk kontinjen Sukan Paralimpik. Laluan itu direka bentuk khusus untuk atlet kurang upaya terutamanya mereka yang menggunakan kerusi roda. Tiada satu pun tangga di laluan itu. Lif pun tidak perlu digunakan. Oleh sebab penumpang kurang upaya berjaya diasingkan daripada orang lain, pengurusan pelbagai prosedur juga menjadi lebih mudah apabila atlet kurang upaya dari seluruh dunia tiba di lapangan terbang ini. Dong Zhiyi berkata,

"Apabila laluan ini digunakan, penumpang yang menggunakan kerusi roda tidak perlu menggunakan lif untuk perjalanan dari pintu kapal terbang ke bangunan lapangan terbang. Dengan itu, hampir 40% waktu menunggu dapat dijimatkan."

Selain itu, lapangan terbang tersebut juga membuka 9 laluan pemeriksaan keselamatan khusus untuk Sukan Paralimpik. Lebarnya laluan itu dan tingginya meja sudah diubah suai. Pegawai di setiap laluan akan membantu penumpang kurang upaya ketika melalui kaunter pemeriksaan keselamatan. Dong Zhiyi menyatakan bahawa pegawai yang bertugas akan mengutamakan keperluan orang kurang upaya dalam semua prosedur pemeriksaan keselamatan demi merealisasikan perkhidmatan berciri kemanusiaan. Katanya,

"Kami menghantar pegawai yang sama jantinanya dengan penumpang untuk menjalankan pemeriksaan ke atas mereka. Bilik pemeriksaan yang tertutup telah disediakan supaya kerahsiaan golongan kurang upaya dihormati dengan sepenuhnya. Berkait dengan kerusi roda dan anggota palsu, pihak lapangan terbang juga menjalankan pemeriksaan yang ditetapkan."

Selain itu, ketika atlet kurang upaya akan meninggalkan Beijing, lapangan terbang ini juga akan "memindahkan" kaunter mendaftar masuk ke Perkampungan Paralimpik. Tanpa ke luar kawasan, anggota kontinjen dari pelbagai negara akan dapat menguruskan prosedur yang berkaitan dengan lebih mudah.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |