v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kemungkinan Berlaku lagi Gegaran Susulan Berukuran 6.5 pada Skala Richter di Wenchuan Sichuan Amat Kecil
2008-09-04 15:48:32 CRI

Kemungkinan berlaku lagi gegaran susulan berukuran 6.5 pada skala Richter di Wenchuan Sichuan amat kecil.

Demikian dinyatakan Ma Zongjin, Ketua Jawatankuasa Pakar Gempa Bumi Wenchuan Negara China dalam sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara China di Beijing hari ini. Beliau membentangkan nilai kerugian daripada bencana gempa bumi Wenchuan Sichuan. Encik Ma Zongjin berkata jika ditinjau kembali 10 kali gempa bumi berukuran 7.8 ke atas pada skala Richter yang berlaku di China dalam tempoh lebih seratus tahun lalu, gegaran susulan jarang melebihi ukuran 7 pada skala Richter. Melalui analisis terhadap dokumen-dokumen gempa bumi yang berlaku di China, pakar-pakar mengenalpasti bahawa kemungkinannya amat kecil berlaku lagi gegaran susulan berukuran 6.5 pada skala Richter di kawasan gempa di Sichuan.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan gegaran susulan di Wenchuan akan berlaku pada satu tempoh masa akan datang. Oleh itu jabatan yang terlibat perlu meneruskan pengawasan dan penyelidikan terhadap keadaan bencana tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |