v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Paralimpik Perlihatkan Kemajuan China dalam Aspek Kesedaran Kemanusiaan

2008-09-05 17:40:16 CRI

Penganjuran Sukan Paralimpik telah mendorong pembinaan kemudahan mesra orang kurang upaya di bandar-bandar raya China, dan juga menyebabkan lahirnya banyak dasar pentadbiran awam yang memberikan kemudahan kepada golongan OKU. Sukan Paralimpik pula menjadikan warga China menyedari keperluan golongan tersebut dalam masyarakat, dan memperlihatkan kemajuan China dalam aspek keprihatinan kepada kemanusiaan.

Untuk melaksanakan pengubahsuaian persekitaran dari Sukan Olimpik kepada Sukan Paralimpik dan menunaikan janji "Sukan Paralimpik Beijing sehebat Sukan Olimpik", sebaik sahaja Sukan Olimpik ditutup, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) segera memulakan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut. Pegawai, sukarelawan dan penaja yang terlibat dalam Sukan Olimpik juga segera menyesuaikan diri untuk berkhidmat bagi Sukan Paralimpik. Banyak kemudahan yang mesra OKU telah dipasang di venue-venue acara pertandingan sukan itu.

Ketika membuat tinjauan, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven mengatakan bahawa beliau percaya Sukan Paralimpik akan sehebat Sukan Olimpik.

"Presiden China, Hu Jintao telah menyatakan secara terbuka bahawa Sukan Paralimpik Beijing akan sehebat Sukan Olimpik Beijing. Janji ini perlu ditunaikan melalui tindakan. Pada hakikatnya, setiap hari, kita dapat menyaksikan beberapa banyak tindakan yang memberitahu kita bahawa kedua-dua sukan tersebut akan sama hebatnya."

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, yang juga Presiden Persekutuan Orang Kurang Upaya dan Presiden Eksekutif BOCOG, Deng Pufang telah menyatakan bahawa Beijing pada tahun 2008 akan menjadikan seluruh dunia merasai kebangkitan semangat kemanusiaan dan konsep "Sukan Olimpik Kemanusiaan" di China. Rakyat seluruh dunia akan menyaksikan sambutan yang cukup meriah yang turut mempamerkan kemajuan peradaban manusia.

Untuk membolehkan golongan OKU menikmati kegembiraan Olimpik bersama dengan orang biasa, pihak penganjur telah melaksanakan projek-projek bagi menyediakan persekitaran tanpa halangan baik di venue pertandingan, mahupun dalam perkhidmatan media, penginapan dan pengangkutan. Usaha tersebut memperlihatkan keprihatinan bukan sahaja di pihak China, malah seluruh dunia terhadap golongan OKU, memperlihatkan kemajuan China dalam bidang kemanusiaan, dan juga menyemarakkan konsep "Sukan Olimpik Kemanusiaan".

Suasana yang baik sudah terwujud di China agar OKU diberi perhatian dan bantuan. Penganjuran Sukan Paralimpik pasti akan menjadikan suasana tersebut semakin hangat. Naib Pengarah Jabatan Sukan Paralimpik BOCOG, Wang Bingyang berkata,

"Perbezaan antara Sukan Paralimpik dengan Olimpik ialah Paralimpik menonjolkan penyertaan. Jumlah pingat emas yang dimenangi tidak begitu penting. Deng Pufang telah berkata bahawa beliau tidak menganggap pingat emas membawa makna Sukan Paralimpik yang berjaya. Beliau menghargai keprihatinan dan penghormatan masyarakat terhadap OKU. Membina suasana penyayang dalam kalangan seluruh masyarakat merupakan hal yang perlu kita berikan perhatian dan galakan."

Sukan Paralimpik boleh dianggap menyediakan peluang yang baik kepada masyarakat China untuk lebih memahami dan menghayati keperluan golongan tersebut dalam masyarakat, dan ini akan membantu mempertingkat tahap keprihatinan kemanusiaan dalam masyarakat China. Ini juga hal yang pasti akan berlaku ekoran kemajuan masyarakat secara menyeluruh. Kerajaan China telah menyatakan bahawa dasar-dasar pentadbiran awam yang diperkenalkan untuk Sukan Paralimpik ini bukan sahaja akan dilaksanakan dalam tempoh sukan ini, malah akan diteruskan pada masa depan.

Taraf perkhidmatan kepada golongan OKU memperlihatkan tahap peradaban sesebuah bangsa dan masyarakat. Sukan Paralimpik menyediakan satu wahana kepada China untuk mempamerkan peradaban dan tahap keprihatinan kemanusiaan kepada dunia luar.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |