v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Presiden China Adakan Majlis Jamuan Meraikan Ketibaan Tetamu Kehormat Sukan Paralimpik

2008-09-06 16:28:10 CRI

Presiden China, Hu Jintao dan isterinya Liu Yongqing telah mengadakan majlis jamuan besar-besaran di Dewan Besar Rakyat Beijing tengah hati tadi untuk meraikan tetamu kehormat antarabangsa yang akan menghadiri majlis perasmian Sukan Paralimpik Beijing malam ini. Dalam ucapan alu-aluannya, Presiden Hu menyatakan, kerajaan dan rakyat China mempunyai keyakinan untuk menampilkan Sukan Paralimpik Beijing, sukan yang istimewa dan bertaraf tinggi, dan juga berharap agar sukan kali ini menjadi pentas bagi mencetuskan persefahaman yang lebih mendalam dan persahabatan yang lebih erat antara golongan orang kurang upaya (OKU) dari pelbagai negara, serta meninggalkan warisan kerohanian yang berharga dalam bidang sukan OKU sedunia.

Tengah hari tadi, tetamu-tetamu kehormat yang akan menghadiri majlis perasmian Sukan Paralimpik Beijing berturut-turut tiba di Ruang Timur, Dewan Rakyat Besar. Presiden Hu dan isterinya yang menyambut ketibaan tetamu di sini dan berjabat tangan dengan setiap hadirin. Hampir 80 orang kerabat diraja dan tokoh politik dari luar negara hadir majlis tersebut. Antaranya kenamaan yang turut hadiri Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Philip Craven, Presiden Kehormat Seumur Hidup Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Juan Antonio Samaranch, Putera Mahkota Luxembourg dan Perdana Menteri Republik Korea. Sempena Sukan Paralimpik, China sekali lagi menjadi tumpuan dunia. Sama dengan jamuan yang diadakan pada awal Ogos lalu bagi menyambut tetamu ke Sukan Olimpik Beijing, Dewan Rakyat Besar dihiasi dengan cantik untuk menceriakan suasana. Yang agak berbeza ialah, kerana terdapat OKU antara jemputan majlis hari ini, pihak tuan rumah khususnya membuat aturan supaya upacara sambutan dan jamuan diadakan di dua ruangan yang berada pada tingkat yang sama bagi memudahkan perjalanan mereka.

Sejurus majlis jamuan tersebut dimulakan, Presiden Hu menyampaikan ucapan kepada tetamu dari pelbagai negara.

"Terlebih dahulu, saya bagi pihak kerajaan dan rakyat China, mengucapkan selamat datang kepada anda sekalian. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan untuk menjayakan Sukan Paralimpik Beijing kali ini."

Hu Jintao berkata, sejak Sukan Paralimpik Pertama dianjurkan pada tahun 1960-an, dengan usaha bersama masyarakat antarabangsa, Sukan Paralimpik telah menjadi peristiwa sukan dan kebudayaan yang memupuk persefahaman dan persahabatan serta memajukan peradaban dunia. Atlet OKU akan menunjukkan keyakinan diri dan semangat berdikari digelanggang pertandingan dan berusaha untuk mencapai matlamat untuk mencabar diri. Temasya sukan antarabangsa bagi OKU ini juga menggalakkan pergaulan antara OKU dengan orang biasa, supaya mereka menikmati bersama hak dalam masyarakat dan mewujudkan dunia yang harmoni.

Hu Jintao menyatakan bahawa terdapat 83 juta OKU di China. Kerajaan dan rakyat China sentiasa mengutamakan usaha bagi menjamin kebajikan golongan OKU, dan telah mengambil pelbagai dasar untuk mendorong perkembangan usaha itu secara menyeluruh. China akan menggunakan peluang penganjuran Sukan Paralimpik Beijing ini agar meningkatkan usaha melindungi hak dan kepentingan golongan tersebut.

"Kami akan menggunakan peluang ini untuk terus berusaha untuk membangkitkan semangat kemanusiaan, melindungi hak dan kepentingan OKU, memastikan golongan ini menyertai aktiviti masyarakat dan berkongsi menikmati hasil pembangunan sosioekonomi."

Akhirnya, Hu Jintao berkata, sebagai pentas untuk mempererat persefahaman dan persahabatan antara OKU pelbagai negara, Sukan Paralimpik Beijing pasti akan menjadi warisan kerohanian yang berharga bagi perkembangan aktiviti sukan OKU sedunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |