v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media dan Warga Asing Sanjung Tinggi Upacara Perasmian Sukan Paralimpik
2008-09-07 15:23:05 CRI

Upacara perasmian Sukan Paralimpik Beijing 2008 diadakan di "Sarang Burung", Stadium Negara China malam tadi. Media negara-negara sing membuat liputan tentang perkara itu dan menganggap bahawa upacara itu amat menakjubkan sama seperti upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing. Persembahan para pelakon mengharukan dunia.

Juruacara Syarikat Penyiaran Britain (BBC) menganggap persembahan kesenian dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka, terutamanya persembahan kanak-kanak amat bagus.

Agensi Berita Perancis (AFP) menyatakan, upacara perasmian Sukan Paralimpik sekali lagi menerangkan "Sarang Burung". China telah menyumbangkan usaha besar untuk mewujudkan Sukan Paralimpik sehebat Sukan Olimpik dan menyediakan banyak perkhidmatan kepada kaum orang kurang upaya.

Syarikat Penyiaran Kebangsaan A.S. (NBC) menyiar langsung upacara tersebut melalui laman webnya. Ini merupakan kali pertama A.S. menyiar langsung upacara perasmian Sukan Paralimpik melalui laman web. Juruacaranya menyatakan China telah melipatgandakan usaha untuk menjayakan Sukan Paralimpik kali ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |