v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Singapura dan Malaysia Puji Majlis Perasmian Sukan Paralimpik Beijing

2008-09-08 11:38:53 CRI

Majlis perasmian Sukan Paralimpik Beijing 2008 yang diadakan di Stadium Nasional "Sarang Burung" malam kelmarin amat menakjubkan sehingga setanding dengan majlis perasmian Sukan Olimpik. Persembahan yang dipentaskan oleh para pelakon kurang upaya mengharukan dunia.

Demikian pujian yang diberikan oleh beberapa media seberang laut baru-baru ini, termasuk media Singapura dan Malaysia.

Akhbar "The Straits Times" menerbitkan rencana yang menyebut, prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh para atlet dan pelakon kurang upaya mengharukan semua penonton. Rencana yang diterbitkan oleh Akhbar Lianhezaobao Singapura menyatakan, kaedah menyalakan api obor yang sungguh unik itu memperlihatkan keharmonian antara jiwa, fizikal dan mental.

Akhbar Sin Chew Jit Poh Malaysia pula menyebut, China berjanji kepada dunia bahawa "Sukan Paralimpik sehebat dengan Sukan Olimpik". Janji itu telah ditunaikan dengan menghidangkan majlis perasmian yang mempesonakan para penonton di seluruh dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |