v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Majlis Jamuan Sukan Paralimpik Malaysia
2008-09-08 16:13:44 CRI

Datin Seri Jeanne Abdullah (tengah), Penaung Majlis Paralimpik Malaysia

Beberapa pegawai Majlis Paralimpik Malaysia bergambar bersama Datuk Ismail Sabri Yaakob (4 dari kiri) dan Datuk Borhan Abdul Hakim (5 dari kiri).

Sempena temasya Sukan Paralimpik 2008 di Beijing yang sedang berlangsung sekarang, satu majlis jamuan diadakan di kedutaan besar Malaysia di Liangmaqiao, Chaoyang bagi meraikan pegawai-pegawai Majlis Paralimpik Malaysia yang telah bertungkus-lumus untuk sukan tersebut. Kira-kira 70 tetamu hadir pada majlis tersebut termasuk delegasi asing dari Sukan Paralimpik Asia-Oseana, Jepun, Kuwait, Pakistan dan China.

Tuan rumah majlis tersebut ialah Datin Seri Jeanne Abdullah, isteri Perdana Menteri yang berada di Beijing kerana mewakili Malaysia ke majlis perasmian Sukan Paralimpik 2008 pada 6 September. Beliau adalah penaung Majlis Paralimpik Malaysia. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Syed Norulzaman Syed Kamaruzaman, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Borhan Abdul Hakim dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarim. Majlis bermula dengan jamuan berbuka puasa oleh pihak kedutaan dan seterusnya sembahyang fardhu Maghrib untuk tetamu Islam sebelum majlis jamuan keraian itu diadakan. Malaysia menghantar 11 peserta bertanding dalam acara angkat berat, memanah, renang, perahu layar dan olahraga 100 meter.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkeples Embong percaya pihaknya dapat mengutip beberapa pingat dalam temasya kali ini setelah gersang dalam temasya sukan yang lalu. Ini memandangkan usaha bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh para atlet semasa menjalani latihan bagi menghadapi temasya kali ini. Beliau melihat potensi kutipan pingat menerusi acara renang dan memanah.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarim pula kagum dengan usaha-usaha persiapan oleh China bagi menjayakan temasya sukan ini. Setelah melaksanakan satu temasya sukan terbesar bulan lalu, satu lagi temasya sukan yang sama hebat menyusul. Menurutnya, kemudahan-kemudahan untuk atlet kurang upaya disediakan dengan sempurna dan sehingga ini beliau tidak mendengar sebarang aduan kelemahan yang dibangkitkan oleh atlet Malaysia di perkampungan paralimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |