v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Tingkatkan Pembangunan Usaha Orang Kurang Upaya

2008-09-08 16:49:45 CRI

Naib Ketua Pengarah Persatuan Orang Kurang Upaya China, Encik Sun Xiande dalam sidang akhbar di Pusat Media Utama Sukan Paralimpik Beijing hari ini menyatakan bahawa China telah mengambil tindakan untuk meningkatkan pembangunan usaha orang kurang upaya. Hasilnya, keadaan kehidupan orang kurang upaya kini jelas bertambah baik.

Menurut penyiasatan terhadap orang kurang upaya China ke-2, orang kurang upaya di China kini mencatat jumlah lebih 80 juta orang dan angka ini mewakili lebih 6% daripada jumlah seluruh penduduk negeri China. Menurut statistik, terdapat lebih 50 undang-undang China yang melibatkan perlindungan hak dan kepentingan orang kurang upaya. Sun Xiande menyatakan bahawa sistem pertubuhan, sistem perkhidmatan dan dasar yang sempurna bagi orang kurang upaya telah dibentuk di China sekarang ini.

Berdasarkan undang-undang yang berkenaan, jabatam kerajaan dan pertubuhan masyarakat telah menyediakan peluang kerja kepada orang kurang upaya menurut nisbah yang tertentu. Pengarah Jabatan Peningkatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan Jaminan Sosial Negara China, Encik Yu Faming berkata bahawa seramai 4.337 juta orang kurang upaya telah mendapat kerja di bandar dan pekan di seluruh negeri dan jumlah orang kurang upaya yang mendapat kerja di desa mencatat 16.966 juta orang setakat akhir tahun 2007.

Beliau menyatakan bahawa terdapat lebih sedikit 43 juta orang kurang upaya yang mempunyai daya pekerjaan daripada lebih 80 juta orang kurang upaya di China. Oleh itu, peluang kerja hanya disediakan bagi separuh daripada jumlah tersebut. Untuk terus meningkatkan tahap jaminan hidup bagi orang kurang upaya, Kementerian Hal Ehwal Awam China telah melaksanakan pelbagai usaha kebajikan dan bantuan masyarakat kepada mereka. Beliau menyatakan bahawa Kementerian Hal Ehwal Awam China menumpukan perhatian terhadap pembangunan pertubuhan kebajikan sosial di bandar dan di desa

China terakhir ini. China akan memperuntukkan 600 juta yuan RMB untuk membina 190 buah sekolah khusus untuk orang kurang upaya pada tahun ini. Encik Sun Xiande menyatakan bahawa kerajaan China akan meningkatkan peruntukannya secara beransur-ansur pada masa yang akan datang supaya kadar orang kurang upaya yang dapat menerima pendidikan meningkat. Beliau menyatakan kayakinannya bahawa pandangan warga China terhadap orang kurang upaya akan bertambah baik dan bantuan yang lebih banyak akan diberikan kepada orang kurang upaya ekoran daripada perubahan sikap orang China secara berterusan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |