v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Media Seberang Laut Puji Majlis Perasmian Sukan Paralimpik Beijing

2008-09-09 11:49:36 CRI

Majlis perasmian Sukan Paralimpik Beijing 2008 memperlihatkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) yang hidup berdikari dan martabat, yang begitu tabah melayari kehidupan normal, dan berupaya mencipta kejutan.

Demikian pujian yang diberikan oleh beberapa media seberang laut baru-baru ini, seperti dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Rencana yang diterbitkan oleh Akhbar "China Press" Malaysia semalam menyatakan, majlis perasmian tersebut sungguh menakjubkan sehingga setanding dengan majlis perasmian Sukan Olimpik bulan lalu. Akhbar Sin Chew Jit Poh menyebut, persembahan yang dipentaskan oleh para pelakon kurang upaya mengharukan seluruh dunia.

Akhbar Lianhezaobao Singapura menerbitkan rencana semalam yang menyebut, segala perincian yang berkaitan dengan majlis perasmian Sukan Paralimpik Beijing menonjolkan ciri-ciri keprihatinan kepada kemanusiaan. Kejayaan Sukan Olimpik Beijing sebelum ini sudah membuktikan kehebatan kerajaan China dan memperlihatkan kemajuan masyarakat China kepada seluruh dunia.

Akhbar "International Daily News" Indonesia pula menyebut, majlis tersebut menunjukkan inti pati kebudayaan China yang mengutamakan sifat "murah hati dan toleran".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |