v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Dunia terhadap Usahanya dalam Sukan
2008-09-09 15:53:06 CRI

Akhbar Renminribao Edisi Seberang Laut hari ini menerbitkan rencana yang bertajuk "Terima Kasih, Dunia".

Rencana itu menyatakan, dalam majlis perasmian Sukan Paralimpik Beijing, kontinjen Jerman memasuki Stadium Nasional "Sarang Burung" dengan membawa satu sepanduk yang bertulis "Helo, Beijing". Pada hari pertama bagi pertandingan Sukan Paralimpik Isnin lalu, pasukan bola keranjang berkerusi roda Sweden juga menjunjung tinggi sepanduk merah yang bertulis "Terima Kasih, China".

Pasukan bola keranjang berkerusi roda Sweden menjunjung tinggi sepanduk merah yang bertulis "Terima Kasih, China".

Rencana itu menyebut, baik di gelanggang pertandingan mahupun di depan kaca TV, melihat adegan tersebut, rakyat China semuanya berasa amat terharu. Hati mereka penuh dengan rasa mesra ketika mendengar ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada kawan-kawan dari seluruh dunia.

Rencana itu juga menyebut, "Sukan Paralimpik sehebat Sukan Olimpik". Rakyat China melaksanakan janji-janjinya kepada dunia dengan bersungguh-sungguh. Impian China bukan sekadar untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan negara, tetapi satu bumi yang lebih harmoni dan indah. "Terima Kasih, Dunia" ialah balasan rakyat China terhadap ucapan "Terima kasih, China". Tahun 2008 pasti akan menjadi kenangan indah bagi China dan seluruh dunia.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |