v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya China Mencapai Kejayaan yang Cemerlang

2008-09-09 15:41:18 CRI

Pada 4 tahun yang lalu, kumpulan kesenian orang kurang upaya(OKU) China telah menghidangkan persembahan yang amat menarik iaitu Avalokitesvara Seribu Tangan dalam upacara penutup Paralimpik Athens. Dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik Beijing yang diadakan baru-baru ini pula, kumpulan tersebut juga telah berjaya menarik perhatian para penonton. Seramai 109 orang penari pekak dan seorang gadis yang terselamat dalam bencana gempa bumi Sichuan yang bernama Li Yue, telah menghidangkan persembahan yang bertajuk "Tarian Tidak Berhenti". Mao Yujia, seorang warga Beijing yang menyaksikan persembahan tersebut berkata: "Persembahan itu amat hebat, dan saya kagum dengan seniman kurang upaya yang mempunyai kemahiran begitu tinggi."

Selain tarian tersebut, persembahan lain yang tidak kurang juga menariknya telah dipersembahkan oleh beberapa orang senian dari kumpulan kesenian OKU China ini dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik Beijing. Yang Haitao, seorang penyanyi buta telah menyanyikan lagu "Tianyu" dalam bahasa Mandarin dan Inggeris. Pemain piano buta, Jin Yuanhui pula telah menghidangkan muzik Fantaisie-Impromptu ciptaan Fryderyk Franciszek Chopin.

Kumpulan kesenian OKU China yang ditubuhkan pada tahun 1980-an ini terdiri daripada lebih 150 orang seniman dari seluruh negara. Dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu, kumpulan tersebut telah membuat persembahan di lebih 60 buah negara dan wilayah di dunia. Pada tahun yang lalu, rombongan ini telah mengadakan lebih 150 buah persembahan.

Muzik piano ini dipersembahkan dihidangkan oleh Jin Yuanhui, seniman piano buta dari kumpulan tersebut. Beliau telah membuat persembahan yang menarik dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik baru-baru ini. Katanya, "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton dan rakan-rakan yang pernah membantu saya melalui muzik tersebut. Muzik itu adalah suara dari hati saya."

Yang Haitao, biduan buta yang menghidangkan lagu "Tianyu" dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik Beijing telah menganggotai kumpulan kesenian ini pada tahun 2001. Ketika menceritakan tentang persembahan tersebut, beliau berkata: "Saya kurang fasih berbahasa Inggeris, jadi saya terpaksa menghafal seni kata Inggeris lagu tersebut. Masalah itu mejadi cabaran kepada saya."

Kumpulan kesenian OKU China ini seperti sebuah keluarga besar yang penuh mesra dan kasih sayang antara anggotanya. Anggotanya yang tertua berumur 34 tahun dan yang paling muda baru berumur 10 tahun. Ketua kumpulannya, Tailihua merupakan orang pekak. Beliau menyatakan perasaannya melalui bahasa isyarat. "Kami ingin menyampaikan rasa hati semua OKU melalui persembahan kami. Semua kanak-kanak kurang upaya berharap Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing mencapai kecemerlangan."

Kumpulan kesenian tersebut telah mendermakan sebahagian pendapatannya, iaitu sebanyak 350 ribu dolar Amerika dan 2.6 juta yuan RMB kepada orang-orang yang memerlukan bantuan di dalam dan luar negeri.

Penasihat dari Pusat Latihan Sukan Olimpik Beijing, Encik Zhao Jihua sudah lama berkhidmat untuk golongan OKU, katanya, "Walaupun OKU menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidup, namun, mereka gigih berusaha mencapai impian masing-masing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |