Acara pertandingan Sukan Paralimpik Beijing yang masuk hari ke-5 hari ini, menawarkan 44 pingat emas untuk direbut oleh para atlet.
Kontinjen China berpotensi memperoleh pingat dalam acara pingpong, mendayung, renang dan angkat berat.
Hari ini berlangsung 11acara pingpong, dan 13 acara renang.
Selain itu, acara bola guling yang disertai oleh atlet palsi serebrum, bola sepak orang cacat penglihatan, memanah, perahu layar dan tenis berkerusi roda juga dilaksanakan.
Setakat semalam, China menduduki tempat teratas dalam senarai kutipan pingat dengan jumlah 24 pingat emas. Ini diikuti oleh Britain, A.S. Ukrain dan Rusia.
|