v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Acara Ekuestrian Sukan Paralimpik Beijing Dianjurkan Dengan Jayanya
2008-09-12 14:30:12 CRI

Semua acara ekuestrian Sukan Paralimpik Beijing telah berakhir dengan jayanya. Setiausaha Pentadbiran Kerajaan Hong Kong, Henry Tang Ying-yen berkata, Hong Kong berjaya menyelesaikan tugasnya sebagai tuan rumah acara ekuestrian Sukan Olimpik dan Paralimpik kali ini.

Menurutnya, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan kontinjen pelbagai negara yang menyertai acara ekuestrian memberi pujian terhadap gelanggang, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak penganjur. Beliau juga menyatakan kejayaan penganjuran acara ekuestrian Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing telah memberi pengalaman berharga kepada Hong Kong untuk menjayakan Sukan Asia Timur pada tahun depan.

Seramai 73 orang atlet dari 28 buah negara dan wilayah menyertai acara dressage berpasukan dan individu untuk merebut 11 pingat emas dalam tempoh 5 hari yang lalu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |