v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kumpulan Kesenian OKU China Mempersembahkan Tarian "Impian Saya"

2008-09-12 15:38:36 CRI

Kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya(OKU) China telah menghidangkan persembahan tarian "impian saya" yang sungguh menarik di panggung Poly, Beijing malam semalam. Pemimpin-pemimpin China termasuk Presiden Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao dan Jia Qinglin menemani Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven, Pengerusi Kehormat Seumur Hidup Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, Juan Antonio Samaranch serta tokoh-tokoh masyarakat antarabangsa yang lain menyaksikan persembahan yang berlangsung selama 2 jam itu. Pemimpin-pemimpin China telah beberapa kali menyaksikan persembahan yang dihidangkan oleh Kumpulan Kesenian OKU China ini.

"Avalokitesvara Seribu Tangan" yang dipersembahkan oleh kumpulan tersebut amat terkenal dan pernah mendapat anugerah tarian yang paling menarik di China. Para penonton terus menerus memberikan sorakan dan tepukan ketika menikmati tarian tersebut,

Avalokitesvara melambangkan sifat murah hati dan belas kasihan dalam tamadun dunia timur. Seramai 21 orang penari pekak menunjukkan sifat murah hati melalui persembahan mereka.

Persembahan "Merasai Musim Bunga" yang dihidangkan oleh 11 orang kanak-kanak buta juga amat menarik perhatian para penonton. Mereka mungkin tidak boleh nampak, namun, mereka dapat menikmati keindahan musim bunga melalui telinga, hidung dan tangan mereka.

Biduan buta yang tersohor, Yang Haitao telah menghidangkan lagu "Tianyu" dalam upacara perasmian Sukan Paralimpik baru-baru ini. Beliau bersama-sama dengan adiknya yang juga buta telah menyanyikan lagu "Meminjam Waktu" dalam persembahan semalam. Para penonton ikut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan mereka.

"Huadie" yang dikenali sebagai "Romeo and Juliet di China", merupakan tarian yang disusun oleh Pengarah Kumpulan Kesenian OKU, yang juga penari pekak yang tersohor di China, Tai Lihua. Sekumpulan penari kanak-kanak pekak telah mempersembahkan tarian yang menarik ini yang mengisahkan tentang sepasang remaja yang saling bercinta tetapi cinta mereka tidak kesampaian, dan akhirnya mereka menjadi dua ekor kupu-kupu dan hidup bersama-sama di syurga.

Tarian "Impian Saya" yang dihidangkan oleh Kumpulan Kesenian OKU China pula mula dipersembahkan pada tahun 2000, lalu menjadi persembahan yang terkenal di dalam dan luar negara. Lebih 30 orang pemimpin negara telah menemui kumpulan tersebut sejak ia ditubuhkan lebih 20 tahun yang lalu. Kumpulan itu juga dikenali sebagai "utusan kecantikan dan persahabatan" serta "utusan daripada 600 juta OKU di dunia".

Selain tarian, kumpulan tersebut telah menghidangkan persembahan Opera Peking dalam pertunjukan malam semalam.

Opera Peking merupakan kesenian yang terkenal di China. Dua orang pelakon pekak yang mahir dalam seni Wusyu telah menghidangkan persembahan Opera Peking yang cukup menarik.

Selain kesenian tradisi, kumpulan tersebut juga menghidangkan persembahan moden. Penari pekak dengan muzik lagu "Right Here Waiting" telah menghidangkan tarian Rumba.

Persembahan "Impian Saya" itu meliputi 18 rancangan yang melibatkan bidang muzik, tarian, taridra, Opera Peking dan drama muzikal. Para pelakonnya telah berjaya menunjukkan taraf kesenian yang tertinggi bagi OKU. Pemimpin negara, tetamu asing dan para penonton amat kagum dengan persembahan mereka yang begitu menarik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |