Pemimpin asing, masyarakat awam serta tokoh-tokoh pertubuhan antarabangsa memberikan pujian terhadap kerja penganjuran Sukan Paralimpik Beijing dan menyanjung sumbangan China dalam usaha memajukan golongan orang kurang upaya seluruh dunia.
Presiden Kehormat Persatuan Dunia bagi Orang Kurang Upaya (WAPD), , George B. Kerford berkata semalam, "Kerja penganjuran Sukan Paralimpik Beijing yang sempurna mendapat pujian orang kurang upaya seluruh dunia." Beliau menyatakan, Sukan Paralimpik Beijing yang berjaya itu pasti akan mendorong usaha membangunkan orang kurang upaya di pelbagai tempat di dunia. China sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi memperbaiki persekitaran kehidupan orang kurang upaya. Usaha itu patut diberi tepukan rakyat seluruh dunia.
|