Acara pertandingan Sukan Paralimpik Beijing yang masuk hari ke-7 hari ini, menawarkan 49 pingat emas untuk direbut oleh para atlet. Acara olahraga dan renang tetap merupakan acara yang paling banyak menyumbangkan pingat emas.
Atlet China akan bertanding dalam acara olahraga, termasuk lempar cakera, lompat jauh, baling lembing dan lontar peluru. China juga berpotensi mendapat pingat dalam acara renang, angkat berat dan memanah.
Hari ini juga akan berlangsung perlawanan akhir 3 acara angkat berat dan 4 acara memanah.
Selain itu, semua acara perahu layar di Qingdao akan berakhir hari ini.
Setakat semalam, China terus menduduki tempat teratas dalam senarai kutipan pingat dengan jumlah 37 pingat emas, diikuti oleh Britain dan A.S. yang masing-masing memperoleh 33 dan 23 pingat emas
|