v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Philip Craven: Sukan Paralimpik Beijing Menjadi Wadah Lahirkan Atlet Cemerlang
2008-09-13 15:40:45 Agensi Berita Xinhua China

Sukan Paralimpik Beijing merupakan Sukan Paralimpik yang paling hebat dalam sejarah dengan melahirkan sejumlah atlet yang sungguh cemerlang.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Philip Craven di Qingdao semalam.

Katanya, prestasi cemerlang yang ditunjukkan kontijen China dalam Sukan Paralimpik Athens menghidupkan semangat atlet-atlet negara lain untuk berjuang sepenuh tenaga dalam menjalani latihan. Oleh itu, ramai atlet telah memecahkan rekod dunia dalam Sukan Paralimpik kali ini.

Ketika berkunjung ke Perkampungan Sukan Paralimpik di Qingdao, beliau menyatakan kepuasan hatinya terhadap kemudahan di gelanggang sukan yang disediakan pihak penganjur serta kerja pengelolaan temasya sukan ini. Beliau yakin pengalaman di China akan menjadi kenangan indah bagi setiap atlet Sukan Paralimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |