Lu Mengjia terpaksa menggunakan kerusi roda kerana menderita penyakit lemah otot sejak kecil lagi. Kerana prestasinya yang baik, beliau diterima oleh Institut Kewangan, Universiti Renmin China untuk meneruskan pengajiannya di sana pada tahun 1998, dan berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat doktor falsatah. Sempena Sukan Olimpik Beijing baru-baru ini, beliau telah lulus ujian dan diterima menjadi sukarelawan Sukan Olimpik dan Paralimpik. Beliau menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada peserta pertandingan dan maklumat stadium serta penyimpanan kereta sorong bayi dan kerusi roda kepada penonton.
|