v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hu Jintao Adakan Jamuan untuk Raikan Tetamu Asing yang Hadiri Majlis Penutup Sukan Paralimpik
2008-09-17 16:28:27 CRI

Konsep "melampaui diri, bersebati dan berkongsi" yang dipegang oleh Sukan Paralimpik Beijing merupakan warisan semangat yang amat berharga di kalangan orang kurang upaya (OKU) seluruh dunia.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao dalam majlis jamuan meraikan 30 orang tetamu asing yang menghadiri upacara penutup Sukan Paralimpik Beijing malam ini.

Beliau menyatakan, Sukan Paralimpik ini merupakan temasya sukan yang pertama dikelolakan oleh satu jawatankuasa penganjur yang sekali gus menjayakan Sukan Olimpik. Komitmen China kepada seluruh dunia, iaitu menganjurkan Sukan Paralimpik bertaraf antarabangsa dengan keistimewaan tersendiri sehebat Sukan Olimpik telah tertunai. Kerajaan dan rakyat China akan terus mengobarkan semangat kemanusiaan dan mendorong perkembangan usaha kesukanan OKU dan sukan Paralimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |