Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Encik Philip Craven menyanjung tinggi pelaksanaan Sukan Paralimpik Beijing. Dalam sidang akhbar di Pusat Media Utama Sukan Paralimpik Beijing pagi tadi, Beliau .
menyatakan Sukan Paralimpik Beijing berlangsung dengan amat berjaya. Katanya, kontenjen dari 147 buah negara dan kawasan telah menyertai Sukan Paralimpik. Jumlah wartawan dan waktu siaran untuk temasya sukan lebih tinggi dan lebih panjang daripada Sukan Paralimpik yang lalu.
Beliau juga memberikan sanjungan yang tinggi terhadap perkhidmatan sukarelawan untuk Sukan Paralimpik. Beliau gembira kerana kerja penganjuran Sukan Paralimpik juga mendapat pujian yang tinggi daripada kontenjin negara dan kawasan yang menyertainya.
|