v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berusaha Bentuk Sistem Bekalan Sumber Tenaga Bersih

2008-09-19 16:32:54 CRI

Ekspo Arang Batu dan Industri Sumber Tenaga Baru Antarabangsa China Ke-2 selama 4 hari telah ditutup di bandar Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi China hari ini. Wartawan dalam ekspo itu dimaklumi bahawa China akan meningkatkan usaha membekalkan sumber tenaga bersih termasuk tenaga angin dan tenaga suria bagi memelihara keseimbangan bekalan tenaga dan mengatasi masalah penggunaan arang batu yang berlebihan.

Sebanyak lebih 800 syarikat dari China, A.S., Jerman dan Jepun telah menyertai ekspo peringkat negara yang berkait dengan industri arang batu dan tenaga bersih kali ini. Sementara itu, pegawai dan sarjana yang berkaitan juga telah menghadiri forum yang membincangkan topik pembangunan sumber tenaga dan inovasi tenaga bersih pada abad Ke-21. Naib Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam forum yang berkenaan menyatakan bahawa China mempunyai sejumlah besar sumber hidroelektrik yang masih belum diteroka dan berada dalam peringkat awal pembangunan tenaga nuklear, tenaga angin dan biotenaga. Kata beliau: "China mengembangkan sumber tenaga berdasarkan prinsip penjimatan, berdikari, kepelbagaian, pemeliharaan alam sekitar dan kerjasama antarabangsa yang saling menguntungkan. Kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan secara bersiri dengan tujuan untuk menjimatkan sumber tenaga, memajukan teknologi sumber tenaga, memelihara alam sekitar, mempertingkat pembaharuan sistem sumber tenaga dan mempergiat kerjasama antarabangsa dalam hal tersebut."

China merupakan sebuah negara yang besar dalam aspek penggunaan dan pengeluaran sumber tenaga. Kadar penggunaan arang batu di China ialah 60% daripada jumlah seluruh penggunaan sumber tenaga di seluruh negara. Ahli Akademi Kejuruteraan China, Encik Xie Kechang menyatakan: "China sepatutnya meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum, arang batu dan gas asli, berusaha mengelakkan terjejasnya keadaan ekologi akibat proses pengeluaran dan penggunaan sumber tenaga; dan mengurangkan kadar penggunaan arang batu."

Shanxi merupakan provinsi utama yang mengeluarkan arang batu di China. Namun, sektor perlombongan dan penjanaan kuasa elektrik yang bersandarkan usaha pencarigalian arang batu di provinsi tersebut dianggap sebagai sektor yang menyebabkan penggunaan tenaga yang tinggi dan pencemaran yang serius. Sekarang, provinsi Shanxi sedang berusaha menukar pendekatan kaedah pembangunannya ke arah penjimatan dan keberkesanan. Naib Gabenor Provinsi Shanxi, Encik Shen Lianbin menyatakan: "Kami menyasarkan supaya Shanxi menjadi provinsi utama dalam pembangunan sumber tenaga alternatif dan pangkalan industri baru, serta provinsi yang maju dalam bidang ekonomi dan kebudayaan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |