v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Laporan PBB Seru Tunaikan Janji tentang Lindungi dan Tingkatkan Hak dan Kepentingan Kaum Wanita

2008-09-19 17:21:57 CRI

Sempena sidang peringkat tinggi tentang Matlamat Pembangunan Millennium PBB yang akan diadakan minggu depan, Laporan Keadaan Kemajuan Kaum Wanita Dunia Tahun 2008/2009 yang dikeluarkan oleh Tabung Pembangunan Wanita PBB semalam menyeru negara-negara dan pertubuhan antarabangsa supaya membentuk mekanisme tanggungjawab yang lebih berkesan untuk menunaikan janji berkaita dengan perlindungan dan peningkatan hak dan kepentingan kaum wanita.

Ketika mengumumkan laporan tersebut, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengatakan bahawa sesebuah kerajaan yang betul-betul bertanggungjawab sepatutunya mementingkan perlindungan hak dan kepentingan kaum wanita. Kata beliau:

"Jika seseorang bertanya, mengapa saya menyokong pembentukan mekanisme tanggangjawab yang lebih berkesan bagi melindungi dan meningkatkan hak dan kepentingan kaum wanita, jawapan saya ialah: sesebuah kerajaan yang memberikan perhatian kepada kaum wanita, tentu akan mementingkan dan bertanggungjawab atas setiap warganegaranya."

Dalam laporan itu dinyatakan bahawa sebenarnya masih banyak usaha yang perlu dibuat dalam proses memperbaiki kehidupan kaum wanita sejak perjanjian berkenaan dibuat. Walaupun kehidupan kaum wanita di dunia telah bertambah baik, tetapi mereka masih berdepan dengan beberapa banyak cabaran dan kesukaran. Menurut statistik, antara jumlah bilangan penduduk yang bekerja di rumah dan tidak memperoleh pendapatan yang tetap, kaum wanita mewakili 60% daripadanya, manakala gaji kaum wanita pula, secara purata kurang 17% daripada gaji kaum lelaki. Di samping itu, kira-kira 1/3 daripada jumlah kaum wanita pernah dicabul atau diperkosa dengan kejam dan di beberapa wilayah tertentu, antara 10 orang wanita terdapat seorang yang mati ekoran hamil akibat diperkosa atau keguguran.

Laporan tersebut menegaskan bahawa pemeliharaan hak dan kepentingan kaum wanita sepatutnya dimasukkan dalam sistem penyeliaan kerajaan, malah perlindungan dan peningkatan hak dan kepentingan mereka juga perlu dijadikan aspek utama dalam penilaian terhadap hasil kerja seseorang pegawai. Laporan tersebut menghuraikan tindakan yang perlu diambil untuk melindungi dan meningkatkan hak dan kepentingan kaum wanita dalam lima bidang, iaitu politik dan pentadbiran, perkhidmatan awam, ekonomi, keadilan undang-undang dan bantuan antarabangsa. Ketua Eksekutif Tabung Pembangunan Wanita PBB, Ines Alberdi menyatakan bahawa tumpuan perhatian terhadap perlindungan dan peningkatan hak dan kepentingan kaum wanita akan mempengaruhi pencapaian Matlamat Pembangunan Millennium PBB. Kata beliau:

"Ketua kerajaan dari pelbagai negara akan berkumpul di New York pada minggu depan untuk membincangkan Matlamat Pembangunan Millennium PBB. Pada masa yang sama, isu perlindungan dan peningkatan hak dan kepentingan kaum wanita turut menjadi isu yang penting yang akan dibincangkan. Menurut laporan tersebut, jika kita lebih bertanggungjawab terhadap janji yang telah kita buat, kita akan lebih hampir kepada matlamat itu."

Puan Alberdi menyatakan bahawa, walaupun laporan itu menegaskan betapa besarnya cabaran yang dihadapi dalam usaha melindungi dan meningkatkan hak dan kepentingan kaum wanita, namun usaha kaum wanita yang tidak kenal putus asa untuk membina keyakinan diri di seluruh dunia juga dicatat dalam laporan itu. Pegawai Tabung Pembangunan Wanita PBB, Anne-Marie Goetz ialah anggota utama yang menyediakan draf laporan itu. Beliau berkata:

"Wanita dari pelbagai negara di dunia mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Itulah sebabnya kita dapat melihat pelbagai kaedah penyelesaian yang baik terkandung dalam laporan itu. Kaedah-kaedah tersebut akan membantu kita untuk mencapai hasil dalam usaha yang kita lakukan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |