v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdana Menteri China Akan Kemukakan Langkah Baru Pelaksanaan MDG Dalam Perhimpunan Agung PBB yang Pertama Kali Dihadirinya

2008-09-22 16:24:11 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao akan berlepas ke New York untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi Matlamat Pembangunan Millenium (MDG) PBB dan perdebatan biasa dalam Perhimpunan Agung PBB ke-63. Ini bukan sahaja merupakan kali pertama Wen Jiabao menghadiri aktiviti PBB sejak beliau menjadi Perdana Menteri China enam tahun yang lalu, malah ia juga adalah kegiatan diplomatik penting yang dilakukan oleh pemimpin China tersebut selepas Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing berjaya dilaksanakan.

Dalam tempoh 48 jam lawatan beliau ke PBB itu, Jiabao akan menyertai lebih 20 aktiviti. Antaranya termasuklah menghadiri upacara perasmian mesyuarat peringkat tinggi MDG PBB, di samping menjelaskan pelaksanaan MDG di China serta kerjasama Selatan-Selatan, mengeluarkan cadangan untuk menyeru negara-negara di seluruh dunia agar bersama-sama menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah pembangunan, dan memberikan galakan untuk melaksanakan MDG secara menyeluruh. Beliau juga akan menghadiri perdebatan biasa Perhimpuan Agung PBB ke-63 dan menerangkan dasar luar dan dasar dalam negeri China, menegaskan keazaman China untuk mengekalkan dasar pembangunan yang aman, dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta dasar luar yang inisiatif dan damai. Selain itu, Wen Jiabao juga akan menemui Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan beberapa orang pemimpin negara lain, serta menyertai beberapa aktiviti dua hala China-A.S..

Sebagai sebuah daripada lima buah negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China mempunyai harapan istimewa terhadap dua mesyuarat PBB yang akan disertai oleh Wen Jiabao itu. Timbalan Menteri Luar China, He Yafei baru-baru ini menyatakan:

"Kami berharap sokongan China yang sepenuhnya terhadap pelaksanaan hubungan pelbagai hala, usaha PBB dan proses pelaksanaan MDG serta usaha China ke arah pembinaan sebuah dunia yang aman dan makmur dapat ditunjukkan melalui lawatan Wen Jiabao ke PBB kali ini."

Inti sari kedua-dua mesyuarat PBB itu ialah "Matlamat Pembangunan Millenium". Matlamat ini dicapai bersama oleh semua negara anggota PBB pada tahun 2000. Tujuannya utamanya adalah untuk menurunkan tahap kemiskinan hingga separuh di seluruh dunia menjelang tahun 2015. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat antarabangsa kebanyakannya telah mencapai kemajuan, namun usaha yang lebih besar masih diperlukan untuk merealisasikan matlamat tersebut menurut jadualnya.

Sebagai negara membangun yang paling ramai penduduknya di dunia, China telah mencapai kemajuan yang ketara dalam aspek membantu dan mengurangkan kemiskinan. Menurut statistik, China menjadi negara yang pertama merealisasikan matlamat menjadikan jumlah penduduk miskin berkurang hingga separuh menurut MDG dan jumlah kemiskinan yang dikurangkan di China mewakili 70% jumlah kemiskinan yang dikurangkan di seluruh dunia dalam tempoh 17 tahun yang lalu. Selain itu, keluaran bahan makanan China pula telah meningkat menjadi 501.5 bilion kilogram. Naib Ketua Jabatan Dasar dan Peraturan Kementerian Pertanian China, Huang Yanxin menyatakan:

"Pencapaian yang dibuat oleh China dalam bidang pembasmian kemiskian telah mendorong proses mengurangkan kemiskinan di seluruh dunia. Sejak tahun yang lalu, pengeluaran bahan makanan di seluruh dunia tidak mencukupi dan mengakibatkan kenaikan harganya. China mengekalkan kestabilan asas pengeluaran dan harga bahan makanan. Ini merupakan sumbangan besar sektor pertanian bagi pembangunan stabil ekonomi nasional yang stabil di samping merupakan sumbangan pertanian China yang besar juga terhadap pertanian dunia."

Kini, situasi ekonomi dunia tidak memuaskan. Sama ada ini akan mempengaruhi pencapaian matlamat MDG menurut jadualnya atau tidak, masyarakat antarabangsa mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Pada pandangan pihak China, situasi ini tidak akan memberikan pengaruh kepada China untuk menunaikan janjinya berkait dengan MDG. He Yafei berkata:

"Ramai pemimpin peringkat tinggi dari pelbagai negara berhimpun di New York untuk menghadiri mesyuarat MDG PBB ini. Ini mencerminkan hasrat negara-negara tersebut untuk bersama melaksanakan janji MDG. Walaupun situasi kewangan dan ekonomi sekarang serius, namun sekiranya kita berusaha bersama-sama untuk menghadapi cabaran, kita dapat mengatasi sebarang masalah. Lebih-lebih lagi, pertumbuhan ekonomi dunia sekarang lebih mantap daripada masa-masa yang lalu. Maka, kesukaran demikian tidak sepatutnya mempengaruhi janji kita untuk merealisasikan MDG. Walau apa pun, situasi tersebut tidak akan mempengaruhi China untuk menunaikan janjinya. "

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |