v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ehud Olmert Letak Jawatan, Parti-parti Israel Bertanding Bentuk Kabinet Baru

2008-09-22 15:33:43 CRI

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Shimon Peres malam tadi. Mulai saat itu, Olmert akan menjadi Perdana Menteri sementara sehingga kerajaan baru mengangkat sumpah.

Presiden Shimon Peres semalam dalam ucapannya menyatakan bahawa unsur-unsur ketidakpastian dari segi keselamatan, ekonomi dan masyarakat yang dihadapi oleh Israel kini, memaksanya meneruskan dasar dan strategi negara untuk mengelakkan kuasa kerajaan menjadi lemah ekoran penggantian Perdana Menteri. Pihaknya akan terus memelihara kepentingan orang awam dan menunaikan janji tentang kedamaian di Asia Barat.

Selepas menerima surat peletakan jawatan Olmert, Peres dikunjungi wakil-wakil dari empat parti utama Israel, iaitu Parti Kadima, Parti Buruh, Likud dan Shas untuk membincangkan siapa yang sesuai untuk membentuk kabinet baru. Parti Buruh, Kadima dan Likud mencadangkan presiden parti masing-masing untuk mengambil tanggungjawab terhadap isu pembentukan kabinet tersebut. Namun, Parti Shas tidak mengemukakan sebarang cadangan. Hari ini, Peres akan terus membincangkan isu tersebut dengan wakil dari parti-parti yang lain. Walaupun calonnya belum ditetapkan, namun, Presiden Parti Kadima, Tzipi Livni paling diharapkan untuk membentuk kerajaan perikatan baru itu.

Berdasarkan undang-undang yang berkenaan, Livni mempunyai masa 42 hari untuk membentuk kabinet baru. Untuk menjamin usaha itu dilaksanakan dengan jayanya, pendekatan yang paling mudah ialah mengekalkan perikatan parti pemerintah yang sudah wujud, yakni bersatu padu dengan Parti Pensioners, Parti Buruh dan Shas.

Namun, situasi politik di Israel akhir-akhir ini menunjukkan bahawa Livni berdepan dengan keadaan yang tidak menyenangkan. Parti pembangkang terbesar, iaitu Kumpulan Likud sudah menyatakan bahawa pihaknya tidak akan menyertai kerajaan yang dipimpin oleh Livni. Pada masa yang sama, rakan sekutu Parti Kadima, iaitu Presiden Parti Buruh yang juga Menteri Pertahanan, Ehud Barak juga enggan menyokong Livni. Setelah mendapat tahu berita Livni terpilih sebagai Presiden baru Parti Kadima pada 18 September lalu, Barak tidak berhubung dengan parti tersebut, sebaliknya selalu mengadakan rundingan sulit dengan pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu. Selain itu, rakan sekutu kedua terbesar kepada Kadima, iaitu pemimpin Parti Shas, merangkap Menteri Perindustrian dan Perdagangan, Eli Yishai masih belum membuat keputusan. Beliau mengemukakan beberapa syarat terhadap pembentukan kabinet, iaitu mengekalkan kawalan Israel di Baitulmuqaddis, dan meningkatkan subsidi rancangan keluarga. Likud pula memujuk Shas supaya jangan menyertai kerajaan Livni.

Disebabkan Israel mengamalkan sistem kerjasama pelbagai parti, perikatan pemerintah perlu mempunyai separuh daripada 120 kerusi dalam Parlimen. Sekiranya Likud, Parti Buruh dan Shas bersekutu, mereka akan mempunyai 43 kerusi dalam Parlimen. Jika mereka bersatu dengan parti-parti kecil pula, mudahlah bagi mereka untuk memperoleh lebih separuh kerusi.

Walau bagaimanapun, Livni tetap berusaha untuk menjayakan pembentukan kabinetnya. Beliau mengadakan rundingan dengan Barak malam tadi. Menurutnya, rundingan itu diadakan dengan suasana yang "meriah". Mereka bersetuju untuk mengekalkan hubungan setelah Peres memberikan kuasa kepada Livni untuk membentuk kabinet baru. Sekiranya kedua-dua parti tersebut bersekutu, kerusi mereka dalam Parlimen mencecah 50. Kalau hal ini tidak jadi, susahlah bagi Livni untuk membentuk kabinet dalam tempoh 42 hari ini.

Jika Livni gagal membentuk kabinet, Presiden Peres akan memberikan kuasa kepada calon yang lain untuk mengusahakan perkara tersebut. Kalau ini juga tidak jadi, pilihan raya dijangka berlangsung pada musim bunga tahun depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |