v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Afrika Memerlukan Usaha Bersama Seluruh Dunia

2008-09-23 15:16:30 CRI

Mesyuarat peringkat tinggi masalah keperluan pembangunan Afrika yang disertai oleh wakil lebih 160 buah negara termasuk lebih 40 orang pemimpin kerajaan dan negara telah diadakan di Ibu Pejabat PBB di New York semalam. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam upacara perasmian mesyuarat tersebut menyeru negara-negara di seluruh dunia, terutamanya negara-negara maju supaya melaksanakan janji mereka untuk memberikan bantuan kepada Afrika supaya merealisasikan Matlamat Pembangunan Millenium (MDG) di pelbagai negara Afrika.

Mesyuarat kali ini bertemakan "Pembangunan Afrika memerlukan pelaksanaan pelbagai janji, menghadapi cabaran dan mengambil langkah sesuai pada masa hadapan." Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, sejumlah besar negara Afrika telah berjaya meningkatkan ekonominya dan mencapai kemajuan untuk merealisasikan MDG. Namun, masalah seperti kenaikan harga bahan makanan dan minyak, perubahan iklim seluruh dunia dan pertempuran yang tercetus di beberapa wilayah tertentu telah menjejaskan unjuran peningkatan ekonomi. Menurut sebuah laporan mengenai masalah pembangunan Afrika yang diumumkan oleh PBB, tiada sebuah negara pun di Afrika yang dapat merealisasikan semua MDG menjelang tahun 2015 sekiranya mereka berkembang mengikuti trend pembangunan sekarang.

Ban Ki-moon dalam mesyuarat tersebut menyeru pemimpin negara-negara di seluruh dunia supaya terus melaksanakan janji masing-masing dan memberikan perhatian untuk mengatasi kesemua cabaran tersebut. Beliau berkata:

"Beberapa pertempuran yang tercetus baru-baru ini adalah berpunca daripada perebutan makanan dan sumber alam. Ini telah menunjukkan kestabilan dan keselamatan dunia bergantung kepada berdasarkan kemakmuran negara-negara membangun sama ada dapat diwujudkan atau tidak. Keamanan, pembangunan dan menghormati hak asasi manusia berkait rapat antara satu sama lain. "

Beliau turut menyatakan bahawa negara-negara di Afrika memerlukan bantuan luar dengan nilai kira-kira 72 bilion dolar Amerika setiap tahun untuk merealisasikan MDG menurut jadualnya. Walaupun sumbangan yang diperlukan itu kelihatan berat, namun ia tidak melampaui kemampuan negara-negara maju. Beliau menegaskan bahawa apa yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan negara-negara tersebut dan pertubuhan antarabangsa, bukanlah mengeluarkan janji yang baru, sebaliknya mereka perlu berusaha sedaya upaya untuk menunaikan janji yang telah dibuat.

Menteri Luar China, Yang Jiechi juga menegaskan bahawa keamanan dan kemakmuaran seluruh dunia tidak terpisah daripada kemajuan Afrika. Masyarakt antarabangsa perlu lebih mengutamakan penyelesaian masalah Afrika, menyokong usaha pembangunan kerajaan dan rakyat pelbagai negara di Afrika, dan membantu mereka menghadapi cabaran globalisasi. Katanya bahawa China akan terus meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan negara-negara Afrika, mengambil langkah yang berkesan untuk menyokong pembangunannya, dan terus mendorong hubungan rakan strategik baru China-Afrika. Beliau berkata,

"Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan selanjutnya kepada negara-negara Afrika dalam bidang pertanian, pendidikan, kesihatan, perubatan, sumber tenaga bersih dan lain-lain."

Pembangunan Afrika berkait rapat dengan keadaan pembangunan seluruh dunia. Maka masyarakat antarabangsa sepatutnya berusaha bersama-sama untuk meningkatkan pembangunan masyarakat yang seimbang dan memajukan ekonomi Afrika secara besar-besaran. Menurut pandangan Ban Ki-moon, sekiranya setiap negara melaksanakan janji masing-masing dengan baik, MDG Afrika dijangka dapat direalisasikan.

"Pembangunan Afrika belum terlaksana mengikut saluran yang dijadualkan. Marilah kita mengambil langkah untuk menunaikan janji masing-masing demi memenuhi harapan dan kejayaan, baik untuk Afrika mahupun untuk seluruh dunia".

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |