v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao Berlepas ke New York Hadiri Persidangan PBB
2008-09-23 11:17:50 Agensi Berita Xinhua China

Perdana Menteri Wen Jiabao berlepas dari Beijing, ke New York pagi tadi untuk menghadiri sidang peringkat tinggi matlamat pembangunan alaf dan persidangan Perhimpungan Agung PBB ke-63.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Wen Jiabao akan memberi ucapan pada kedua-dua sidang tersebut dan membentangkan usaha China untuk mencapai matlamat pembangunan alaf dan kerjasama Selatan-Selatan. Beliau juga akan menjelaskan tentang dasar China untuk melaksanakan pembangunan secara damai, terus mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta dasar diplomatik China yang damai.

Semasa di sana, beliau akan bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan pemimpin-pemimpin negara lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |