v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia Raikan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhannya, Kerajaan China Berjanji terus Beri Sokongan kepadanya

2008-09-23 17:01:52 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia di barat laut China. Dalam tempoh selama 50 tahun yang lalu, wajah wilayah itu banyak berubah, dan taraf hidup penduduk pelbagai etnik telah meningkat dengan ketara. Dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia yang berlangsung di Yinchuan pagi tadi, anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, He Guoqiang menyatakan bahawa kerajaan China akan meningkatkan sokongan dan menawarkan dasar keutamaan kepada Ningxia untuk mendorong sosioekonomi wilayah itu supaya berkembang dengan mapan.

50 tahun yang lalu, Ningxia ditubuhkan secara rasmi, sebagai satu-satunya wilayah autonomi bagi etnik Hui di China. Hasil pelaksanaan sistem autonomi, wilayah ini mengalami perubahan yang besar. Berdasarkan statistik yang berkenaan, pada tahun lalu, nilai keluaran yang dihasilkan di seluruh wilayah Ningxia mencecah 88.9 bilion yuan RMB, iaitu meningkat 59 kali ganda berbanding tahun 1958. Pendapatan per kapita di bandar dan pekan mencecah 11 ribu yuan RMB, iaitu bertambah 30 kali ganda berbanding tahun 1958. Jumlah penduduk miskin pula berkurangan kepada 88 ribu orang daripada 527 ribu orang pada tahun 2000.

Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, wajah bandar dan pekan di wilayah Ningxia juga mengalami perubahan yang memberangsangkan. Presiden wilayah itu, Wang Zhengwei memaklumkan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan pelbagai peringkat telah menyasarkan pembaikan kemudahan infrastruktur dalam perancangan mereka. Pada masa ini, penduduk wilayah itu boleh menikmati kemudahan lalu lintas yang lancar dan menikmati perkhidmatan internet jalur lebar, siaran TV dan telefon.

Perubahan yang cukup besar itu memang membanggakan rakyat Ningxia. Puan Wang Haiyan, seorang penduduk tempatan menyatakan: "Beberapa tahun kebelakangan ini, kami mengalami perubahan yang besar dari segi taraf hidup dan pendidikan, khususnya perkhidmatan lalu lintas. Taraf hidup kami meningkat dengan ketara."

Pembanguan sosioekonomi tempatan tidak mempengaruhi amalan tradisi dalam kehidupan etnik Hui di Ningxia. Di samping itu, rancangan pendidikan etnik mendapat perhatian yang besar. Rakyat pelbagai etnik dapat hidup bersama-sama secara harmoni di sini.

Apakah perubahan besar yang berlaku di Ningxia dalam tempoh 50 tahun ini? Anggota Jawatankuasa Tetap Jabatan Politik Pusat Parti Komunis China, He Guoqiang menyatakan: "Untuk mengekalkan kemajuan dan keamanan Ningxia, kami patut mengambil dan menyempurnakan sistem autonomi wilayah etnik, terus meningkatkan hubungan pelbagai etnik supaya kesemuanya bersatu padu dan saling membantu, mendorong pembangunan ekonomi, mengekalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka demi mendorong perkembangan sosioekonomi yang seimbang dan meningkatkan keupayaan pembangunan Ningxia sendiri."

Sementara itu, kerajaan China turut mengeluarkan beberapa dasar keutamaan untuk terus mendorong pembangunan ekonomi Ningxia. Ini memberikan peluang yang amat berharga bagi pembangunan Ningxia. He Guoqiang menegaskan bahawa kerajaan pusat akan terus menyokong usaha pembangunan di Ningxia. Beliau berkata: "Sokongan daripada kerajaan pusat kepada wilayah etnik minoriti adalah satu dasar asas yang utama bagi pusat kerajaan dan juga merupakan tugas utama dalam pelan penerokaan wilayah di bahagian barat China. Dengan meningkatnya pendapatan dan kekuatan negara yang bersepadu, kerajaan pusat akan terus memberikan sokongan selanjutnya dan menyediakan peruntukan yang bermanfaat bagi pembangunan sosioekonomi Ningxia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |