Perdana Menteri, Wen Jiabao menyatakan China akan terus melaksanakan dasar pembangunan damai selepas berlalu Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata demikian dalam Perhimpuan Agung PBB ke-63 di Ibu Pejabat PBB di New York semalam.
Katanya, China akan terus melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta dasar luar yang inisiatif dan aman. Menurutnya, sebagai sebuah negara membangun, China belum mengubah pada asasnya keadaan ekonomi yang kurang maju itu. Selain itu, Wen Jiabao menyatakan China akan tetap mengatasi perselisihan dan masalah sejarah dengan beberapa negara melalui cara berdialog dan rundingan. Kata beliau, China bersedia meningkatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi tiga masalah sekarang iaitu kewangan, sumber tenaga dan bahan makanan.
|