Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" yang membawa tiga orang angkasawan berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan malam ini dan memasuki orbit yang ditetapkan.
Presiden China, Hu Jintao mengucapkan tahniah dengan kejayaan itu selepas menyaksikan pelancaran "Shenzhou VII". Kata beliau, misi penerbangan kali ini merupakan projek kajian sains yang paling penting bagi China pada tahun ini. Kejayaan pelancaran "Shenzhou VII" merupakan kejayaan peringkat pertama bagi penerokaan angkasa lepas kali ini.
Angkawasan tersebut akan buat julung kalinya "berjalan-jalan" di luar kapsul dan mengadakan ujian sains.
|