v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perdebatan Umum Perhimpunan Agung PBB Tumpu Perhatian kepada Krisis Bahan Makanan dan Isu Pembangunan

2008-09-25 14:32:15 Agensi Berita Xinhua China

Krisis bahan makanan dan Matlamat Pembangunan Alaf (MDG) menjadi topik perbincangan utama pada hari kedua perdebatan umum Perhimpunan Agung PBB Ke-63.

Presiden Mexico, Felipe Calderon menyatakan, pihaknya mengambil beberapa tindakan untuk mencegah krisis bahan makanan menjadi bertambah buruk, seperti menurunkan cukai dan menyediakan subsidi kepada keluarga berpendapatan rendah.

Presiden Chile, Michelle Bachelet menyeru negara-negara anggota supaya bertindak segera untuk menghadapi krisis bahan makanan, dan mencegah krisis ekonomi daripada memberi kesan yang negatif terhadap MDG.

Presiden Malawi, Bingu Wa Mutharika pula berkata, untuk menjamin keselamatan bahan makanan, PBB perlu meminta negara maju supaya berkongsi dan memindahkan teknologi dan hasil kajian dalam penghasilan bahan makanan dengan negara membangun, di samping menyediakan bantuan berkenaan kepada mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |