Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengemukakan siri langkah yang akan diambil China untuk menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun dalam mesyuarat peringkat tinggi mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) PBB yang diadakan di New York hari ini.
Antara langkah-langkah tersebut termasuk: China akan mengecualikan hutang pinjaman tanpa faedah yang akan tamat tempohnya pada penghujung tahun ini bagi negara-negara yang paling kurang membangun, menawarkan keutamaan bebas cukai bagi 95% barangan dari negara paling kurang membangun yang berkenaan, menyumbangkan dermaan sebanyak 30 juta dolar Amerika kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) untuk menubuhkan amanah saham supaya membantu negara-negara membangun untuk meningkatkan tenaga produktif mereka dalam bidang pertanian.
|