v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wen Jiabao: China Kekalkan Jalan Pembangunan secara Damai

2008-09-25 15:30:02 CRI

Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menghadiri perdebatan umum yang diadakan dalam Perhimpunan Agung PBB Ke-63 di New York petang semalam waktu tempatan, dan menyampaikan ucapan yang bertajuk: "Kekalkan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka serta Pembangunan secara Damai."

Perdebatan umum yang diadakan bermula 23 September kali ini menumpukan perhatian kepada kesan krisis bahan makanan terhadap pembangunan sejagat dan isu pembaharuan PBB. Wakil-wakil dari 192 buah negara telah membentangkan pendirian tentang isu-isu sejagat yang menjadi perhatian masing-masing. Ketika berucap, Perdana Menteri Wen Jiabao terlebih dahulu merakamkan ucapan terima kasih terhadap sokongan masyarakat antarabangsa kepada kerajaan China dalam usaha menangani bencana gempa bumi dan menjayakan Sukan Olimpik. Ketika menyebut aliran perkembangan ekonomi China selepas Sukan Olimpik, Wen Jiabao menyatakan: "China akan mengekalkan jalan pembangunan secara damai berdasarkan usaha pembaharuan dan pintu terbuka dan memegang dasar luar yang bebas dan damai. Ini selaras dengan kepentingan rakyat China dan negara-negara lain, dan juga selaras dengan arus perkembangan dunia."

Wen Jiabao menegaskan bahawa China masih merupakan sebuah negara membangun dengan produktiviti yang masih rendah. Usaha pembangunan modenisati China memerlukan masa yang agak panjang dan perlunya menyelesaikan masalah seperti sumber, tenaga dan alam sekitar.

Perdana Menteri telah memaklumkan kemajuan yang dicapai China sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 30 tahun yang lalu dan berkongsi pengalaman China dengan wakil-wakil negara anggota yang lain.

"China merealisasikan pembangunan negara berdasarkan usaha pembaharuan dan pintu terbuka. Dengan pengalaman dalam tempoh 30 tahun yang lalu, rakyat China menyedari bahawa usaha pembaharuan dalam pelbagai bidang termasuk sistem ekonomi dan politik merupakan penjana kekal kepada perkembangan ekonomi dan masyarakat. Usaha pintu terbuka pula merupakan jalan yang betul bagi mewujudkan kemakmuran."

Mengenai pendirian China tentang isu antarabangsa, Wen Jiabao berkata: "China membuat keputusan tentang isu antarabangsa berdasarkan fakta sebenar dan kepentingan negara dan rakyat negara anggota yang lain. China tidak akan mengikut telunjuk sebarang kuasa. Dalam hubungan antarabangsa pula, China mengekalkan prinsip berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pembangunan China diwujudkan berdasarkan prinsip damai dan tidak akan memberi ancaman kepada pihak lain. China tidak akan menjalankan hegemoni di dunia pada masa akan datang. "

Menyebut cabaran serius yang dihadapi dunia dalam bidang kewangan, sumber tenaga dan bahan makanan, Wen Jiabao menyatakan, China sebagai sebuah negara besar, bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dalam menangani cabaran tersebut. Beliau menyeru supaya rakyat di seluruh dunia menghapuskan sikap bermusuhan dan diskriminasi, sebaliknya mengembangkan hubungan antara satu sama lain dengan sikap toleransi dan terbuka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |