Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej telah merestui senarai nama anggota Kabinet baru. Ini menandakan bahawa Kabinet baru Thailand yang dipimpin oleh Perdana Menteri baru, Somchai Wongsawat telah dibentuk. Semua anggotanya akan angkat sumpah di depan Raja Bhumibol Adulyadej malam nanti.
Kabinet Somchai terdiri daripada Parti Kuasa Rakyat, Parti Chat Thai, Parti Matchimatippatai, Parti Puea Pandin, Parti Ruam Jai Thai Chat Pattana dan Parti Pracharas, dengan 36 orang anggota, termasuk Perdana Menteri dan 5 orang Naib Perdana Menteri.
Senarai nama tersebut ditetapkan setelah beberapa kali diubah. Ditinjau dari pokok, senarai nama itu tidak memecah tradisi pembentukan Kabinet dan mempunyai pembatasan. Maka, senarai itu dikecam oleh parti-parti pembangkang dan sarjana sebaik sahaja selepas diumumkan.
Pemerhati berpendapat, dengan pergolakan keadaan politik Thailand sekarang, kerajaan baru Thailand akan menghadapi cabaran yang hebat.
Pertama, bagaimana menangani krisis politik yang ditimbulkan oleh tunjuk perasaan antikerajaan merupakan cabaran terbesar bagi kerajaan baru itu. Sejak 25 Mei lalu, Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) yang menentang kerajaan itu telah mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan di Bangkok dengan mengepung Jabatan Perdana Menteri selama 4 bulan, dan krisis politik yang ditimbulkan oleh pendudukan itu dibuat terhadap Jabatan Kediaman Perdana Menteri yang berlangsung hampir sebulan. Pelbagai kalangan masyarakat berharap penyelesaian dibuat secepat mungkin, dan rakyat menaruh penuh harapan terhadap Wongsawat yang wataknya sederhana itu.
Selepas Wongsawat menyandang jawatan Perdana Menteri pada 18 Sept. lalu, beliau telah berkali-kali menelefon pemimpin utama Perikatan Demokrasi Rakyat, dan menyatakan kesediaannya menyelesaikan perselisihan melalui rundingan. Ini telah meredakan ketegangan politik. Meskipun pemimpin persekutuan itu mengalu-alukan sikap kerajaan itu, tetapi mereka sama sekali menentang usaha meminda perlembagaan, dan mengemukakan pandangan "politik baru", iaitu memberi hak penyertaan yang lebih besar terhadap orang awam. Disebabkan Wongsawat ialah adik ipar bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, maka Wongsawat dianggap sebagai "kroni" atau "jurucakap" Thaksin. Parti Kuasa Rakyat dan Persekutuan Demokratik Rakyat juga berselisih pendapat mengenai masalah penting seperti meminda perlembagaan. Maka, sekiranya rundingan mereka gagal, tindakan tunjuk perasaan perikatan itu mungkin dipertingkatkan.
Kedua, oleh sebab tiga parti pemerintah masing-masing mempunyai seorang anggota disyaki terlibat dalam kes melanggar undang-undang pemilihan dalam pilihan raya pada tahun lalu, Parti Kuasa Rakyat, Parti Chat Thai dan Parti Matchimatippatai menghadapi kesukaran kerana tindakan pengharaman. Sesiapa saja antara mereka diharamkan akan mempengaruhi kestabilan kerajaan Wongsawat, malahan kerajaannya boleh digulingkan.
Ketiga, selain memelihara kerjasama keenam-enam parti pemerintah, memelihara perpaduan dalam Parti Kuasa Rakyat menjadi lebih penting. Parti yang mempunyai hampir separuh kerusi dalam Dewan Rendah itu telah menghadapi perbalahan antara puak-puak utamanya dalam proses mengemukakan calon Perdana Menteri baru. Jika parti itu berpecah, kerajaan baru itu akan goyang.
Dan akhirnya, menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi, memperbaiki kehidupan rakyat, dan menyelesaikan segera konflik di sempadan Thailand-Kemboja juga merupakan tugas utama kerajaan baru. Maka, kerajaan Thailand yang baru masih menghadapi cabaran besar.
|