v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Berjaya Lancarkan Kapal Angkasa Lepas Shenzhou VII Pembawa Angkasawan

2008-09-26 15:24:29 CRI

Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII " berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan malam tadi untuk melaksanakan tugas penyelidikan pembawa angkasawan dalam ruang angkasa lepas. Kapal tersebut membawa tiga orang angkasawan yang akan julung-julung kalinya melaksanakan tugas mereka di luar kabin dalam ruang angkasa lepas.

Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" berjaya dilancarkan ke arah angkasa lepas di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada kira-kira pukul 9 malam tadi waktu Beijing.

Kira-kira 20 minit selepas kapal " Shenzhou VII" dilancarkan, Ketua Pengarah Projek Penerokaan Manusia ke Angkasa Lepas China, Chang Wanquan mengumumkan kejayaan pelancaran itu dan kapal angkasa lepas sudah memasuki orbit yang ditetapkan.

Ini merupakan kali ketiga China melaksanakan projek penerbangan angkasa lepas yang membawa angkasawan sejak tahun 2003, dan menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat China. Presiden China, Hu Jintao secara khususnya melawat ke Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan untuk memberi perangsang kepada tiga angkasawan itu. Selepas pelancaran itu, Hu Jintao mengucapkan tahniah terhadap kejayaan ini. Beliau berkata:

"Angkawasan-angkasawan China pertama kalinya akan menjalankan tugas di luar kabin. Untuk menjayakan tugas ini, pelaksanaan dari segi teknologi patut terjamin. Walaupun kapal 'Shenzhou VII' berjaya dilancarkan dan memasuki orbit yang ditetapkan, namun kita perlu lebih berusaha untuk menjamin pelbagai tugas susulan sehingga pada akhirnya mencapai kejayaan secara menyeluruh."

"Shenzhou VII" dibawa ke ruang angkasa oleh Roket No.2 F. Long March. Ketua pereka bentuk sistem roket tersebut, Jin Muchun menyatakan keupayaan roket ini untuk membawa kapal angkasa lepas dapat lebih terjamin melalui pembaikan teknologinya dan peningkatan tarafnya dalam tempoh dua tahun yang lalu. Beliau berkata,

"Dari kapal angkasa lepas 'Shenzhou I' hingga 'Shenzhou VII', keupayaan roket yang membawa kapal angkasa lepas semakin dipertingkatkan melalui 7 kali pelancaran roket. Kami sentiasa mengambil ikhtibar daripada pengalaman lalu dan mengkaji data penerbangan supaya dapat memperbaiki semua kekurangan. "

Kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" yang terdiri daripada palka orbit, palka pulang dan palka pemaju. Kapal tersebut boleh beroperasi sekurang-kurangnya tiga hari dalam orbit yang dipilih. Ketua pereka bentuk kapal "Shenzhou VII", Encik Zhang Bonan menyatakan:

"Memuatkan tiga orang angkawasan merupakan teknologi yang paling menonjol bagi kapal tersebut. Suasana dalam kapal angkasa lepas itu termasuk pakaian mereka dalam kapal, bekalan oksigen dan pelepasan sisa gas serta kerusi duduk mereka perlu sesuai dengan tiga orang angkasawan itu. Di samping itu, penggunaan barangan yang disediakan dalam kapal itu perlu memenuhi keperluan tiga orang. Yang pentingnya, ruangan kabin boleh menampung tiga orang. Kesemua ini menyebabkan kapal itu perlu diubahsuai dan menjalani banyak kali ujian untuk muatan tiga orang angkasawan. "

Menurut rancangan, angkasawan dalam kapal "Shenzhou VII" akan menjalankan tugasnya di ruang angkasa lepas. Di samping itu, beberapa ujian sains dan teknologi angkasa lepas juga akan dijalankan dalam tempoh beberapa hari. Selepas tugas-tugas diselesaikan, kapal angkasa lepas itu akan mendarat di tempat yang ditetapkan di bahagian barat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |