Perdana Menteri China, Wen Jiabao menghadiri mesyuarat peringkat tinggi mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) PBB yang diadakan di New York, ibu pejabat PBB semalam pada waktu tempatan. Beliau mengemukakan beberapa langkah yang akan diambil oleh China, lagi menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun dan memaklumkan keadaan China melaksanakan MDG dan kerjasama Selatan-Selatan. China juga mengemukakan cadangan untuk pelbagai negara dapat menyelesaikan kesukaran pembangunan dan melaksanakan MDG secara menyeluruh.
MDG diluluskan oleh semua anggota PBB pada tahun 2000. Tujuannya adalah untuk merendahkan separuh taraf kemiskinan dunia daripada tarafnya pada tahun 1990. Beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat antarabangsa telah mencapai kemajuan dalam bidang tersebut, namun kewujudan sasaran tersebut menurut jadual masih perlu jangka masa yang panjang. Oleh itu, PBB mengadakan penilaian jangka sederhana bagi MDG. Wakil dari lebih 150 buah negara menghadiri mesyuarat kali ini, termasuk lebih 90 orang pemimpin negara. Dalam upacara perasmian mesyuarat tersebut, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menyeru pelbagai negara giat menghadapi pelbagai cabaran untuk berusaha mewujudkan MDG.
"Kita sedang berjalan ke arah yang betul, tetapi tindakan kita tidak cepat. Kita mesti segera melaksanakan tindakan untuk menghadapi pelbagai cabaran dan mewujudkan matlamat pembangunan global."
Wen Jiaobao berucap selepas Pengerusi Kesatuan Afrika, Jakaya Mrisho Kikwete dan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Beliau memaklumkan ringkas tetapi terperinci kemajuan China dalam bidang pengurangan kemiskinan. Antaranya, kemajuan yang paling penting adalah penduduk miskin China dikurangkan lebih 230 juta orang dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Tentang keadaan pelaksanaan MDG di China, Wen Jiabao berkata:
"Sebagai negara membangun yang besar dan bertanggungjawab, walaupun tidak kaya, tetapi China telah mematuhi perjanjian bagi Perisytiharan Milenium, iaitu memberi sumbangan kepada beberapa negara yang paling miskin."
Walaupun China juga menghadapi tekanan persekitaran sumber penduduk dan masalah ketidakseimbangan pembangunan sosioekonomi antara bandar dengan desa serta masalah kumpulan pendapatan yang rendah, namun, untuk mendorong kewujudan MDG, China akan melaksanakan langkah menyediakan bantuan kepada negara-negara lain. Antara langkah tersebut termasuk, China akan mengecualikan hutang pinjaman tanpa faedah yang akan tamat tempohnya pada penghujung tahun ini bagi negara-negara yang paling miskin dan menawarkan keutamaan bebas cukai bagi 95% barangan dari negara paling miskin yang berkenaan. China juga akan menyumbang derma sebanyak 30 juta dolar Amerika kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) untuk menubuhkan dana amanah supaya membantu negara-negara membangun untuk meningkatkan tenaga produktif mereka dalam bidang pertanian.
Selain itu, Wen Jiabao juga mengemukakan cadangan:
"Saya mencadangkan: negara maju perlu mengetepikan sebarang syarat politik dengan tidak mengira kepentingan negara sendiri dalam usaha meningkatkan bantuan kepada nenagra membangun; menyempurnakan mekanisme kerja bagi matlamat pembangunan Perisytiharan Milenium PBB; menyelaraskan pertubuhan antarabangsa untuk bersama-sama menyelesaikan kesukaran yang dihadapi oleh negara-negara membangun, khususnya masalah ketidakstabilan ekonomi, kenaikan harga minyak dan bahan makanan, serta pengumpulan modal bantuan."
|