v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Kemuka Langkah Baru Bantuan kepada Negara Membangun

2008-09-26 11:21:00 CRI

Perdana Menteri, Wen Jiabao mengemukakan beberapa langkah baru yang akan diambil China untuk menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun dalam persidangan peringkat tinggi mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) PBB semalam.

Antaranya China akan mengecualikan hutang pinjaman tanpa faedah yang akan tamat tempoh pada penghujung tahun ini bagi negara-negara yang paling mundur dan menawarkan keutamaan bebas cukai bagi 95% barangan dari negara paling mundur. China akan menyumbang derma 30 juta dolar Amerika kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) untuk menubuhkan amanah saham supaya membantu negara-negara membangun untuk meningkatkan kemampuan pengeluaran pertanian. Selain itu, membantu negara-negara membangun membangunkan 100 projek tenaga bersih berskala kecil.

Selepas persidangan itu berakhir, Wen Jiabao telah berlepas kembali ke Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |